Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u boleh dibuat melalui ATM atau kaunter Maybank. Berikut dikongsikan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon TAC Maybank untuk rujukan anda semua.

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u di ATM Maybank

  1. Pergi ke mesin ATM Maybank terdekat.
  2. Masukkan kad ATM Maybank anda bersama nombor PIN.
  3. Pilih menu MAYBANK2U/PHONE BANKING/ATM SMS ALERTS.
  4. Masukkan nombor telefon baru anda. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah. Kemudian, tekan YA.
  5. Selesai.

Kemaskini di Kaunter Maybank

Sebelum pergi ke cawangan Maybank berhampiran, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri yang asal, buku simpanan Maybank anda, dan kad ATM Maybank. Kemudian, ikut langkah mudah berikut:

  1. Pergi ke cawangan Maybank berhampiran.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Setelah giliran anda dipanggil, beritahu pengawai maybank bahawa anda ingin mengemaskini / menukar nombor telefon TAC Maybank.
  4. Selesai.

Untuk makluman anda semua, pertukaran nombor telefon TAC Maybank TIDAK boleh dilakukan secara online atau menerusi Maybank2u. Panduan mengemaskini nombor telefon TAC Maybank2u adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Penukaran Nombor Telefon TAC Maybank, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan Maybank yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi Maybank2u. Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Cimb Clicks untuk rujukan semua.