Program SAVE 2.0

Program SAVE 2.0 adalah satu program pemberian e-Rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Tujuan Penubuhan Program SAVE 2.0

Tujuan program ini adalah untuk

  • menaikkan kesedaran orang ramai supaya membeli kelengkapan cekap tenaga yang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
  • menambahkan bilangan peralatan elektrik cekap tenaga yang bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran.

Kriteria Kelayakan Permohonan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB dan SEB.
  3. Menebus baucer e-Rebat untuk tujuan pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel empat (4) atau lima (5) Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.
  4. 1 akaun bil elektrik hanya layak untuk mendapat 1 baucer diskaun e-Rebat bagi 150,000 tebusan pertama.

Senarai Kedai / Pasaraya yang berdaftar di bawah Program SAVE 2.0

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan senarai kedai/pasaraya berdaftar di bawah program ini, anda boleh melayari laman laman rasmi SEDA Malaysia melalui pautan saveenergy.gov.my.

Panduan Permohonan e-Rebat RM200

Terdapat 2 kaedah tersedia untuk memohon e-Rebat RM200, iaitu:

  • Kaedah 1: Pembelian dan penebusan di kedai/pasar raya berdaftar.
  • Kaedah 2 : Pembelian secara atas talian(e-dagang) melalui platform Shopee dan Lazada. Panduan permohonan e-Rebat RM200 melalui Shopee boleh dirujuk di sini.
Kaedah 1
Sumber: SEDA Malaysia
Kaedah 2
Sumber: SEDA Malaysia

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Program SAVE 2.0 ini anda boleh pergi ke laman rasmi SEDA Malaysia melalui pautan saveenergy.gov.my. dan sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan atau permasalahan, anda boleh menghubungi Pegawai SEDA Malaysia ditalian +603-88705800.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: