Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2

Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2 adalah bermula pada 21 Januari 2021 bagi penerima kategori B40 dan pada 25 Januari 2021 bagi penerima kategori M40. Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Fasa Kedua untuk anda semua.

Tarikh Bayaran BPN 2.0 Fasa 2

Penerima BPN 2.0 fasa kedua yang mempunyai akaun bank akan menerima BPN pada:

  1. Kategori B40 : Bermula 21 Januari 2021
  2. Kategori M40 : Bermula 25 Januari 2021

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran BPN akan dibuat pada:

  1. Semenanjung Malaysia: Bermula 25 Januari 2021 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.
  2. Sabah dan Sarawak: Bermula awal Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan kelak.

Jumlah Bayaran BPN 2.0 Fasa 2

Berikut dikongsikan jumlah baki bayaran BPN 2.0 bagi Fasa Kedua. Untuk makluman anda, jumlah pembayaran BPN 2.0 adalah berdasarkan kategori dan jumlah pendapatan.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Semakan Kelulusan Rayuan BPN 2.0

Semakan kelulusan rayuan BPN 2.0 bagi yang membuat rayuan boleh dibuat di portal rasmiĀ Bantuan Prihatin Nasional dijangka bermula 15 Januari 2021. Panduan semakan boleh dirujuk pada halaman ini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut: Kementerian Kewangan ditalian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566, manakala LHDNM ditalian 1-800 882 747 / 03-8911 1000 yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad – Jumaat). Selain itu, anda juga boleh membuat pertanyaan melalui e-mel ke alamat [email protected] atau [email protected] atau menerusi telegram: PRE PRIHATIN atau dengan menggunakan Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia.