Program MyLESEN PSV E-HAILING Tahun 2024 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah inisiatif yang ditetapkan untuk membantu golongan B40. Program ini menawarkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-HAILING secara percuma kepada golongan B40.
Syarat Kelayakan Peserta
Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Syarat kelayakan Program MyLESEN PSV E-HAILING Tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 21 Tahun dan ke atas
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan
- Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
- Telah Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D/DA
Panduan Pendaftaran Program MyLESEN PSV E-HAILING
Sekiranya ada layak dan berminat untuk menyertai program ini, peserta boleh scan QR Code yang dilampirkan atau dengan melayari pautan Borang Penyertaan Program MyLesen PSV E-HAILING 2024. Tarikh tutup penyertaan Program MyLESEN PSV E-HAILING 2024 ini adalah sehingga kuota (3500 peserta) penyertaan dipenuhi.
Anda dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan anda melalui alamat emel: [email protected]. Jika anda mencari maklumat tambahan atau ingin mendapatkan jawapan kepada soalan umum, sila rujuk dengan JPJ atau pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran terkini mengenai Program MyLESEN PSV E-HAILING 2024. Program MyLESEN B2 Tahun 2024, Program MyLESEN GDL Lori Tahun 2024 dan Program MyLESEN GDL Lori Tahun 2024 boleh rujuk pada laman web ini.