Program MyLESEN PSV Bas Tahun 2024

Program MyLESEN PSV Bas Tahun 2024 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah inisiatif yang ditetapkan untuk membantu golongan B40. Program ini menawarkan Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) Bas secara percuma kepada golongan B40.

Syarat Kelayakan Peserta

Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Syarat kelayakan Program MyLESEN PSV Bas Tahun 2024 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 Tahun dan ke atas
  3. Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan
  4. Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
  5. Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
  6. Telah Memiliki Lesen Kompeten (CDL) Kelas D Lebih Satu (1) Tahun

Panduan Pendaftaran Program MyLESEN PSV Bas

Sekiranya ada layak dan berminat untuk menyertai program ini, peserta boleh scan QR Code yang dilampirkan atau dengan melayari pautan Borang Penyertaan Program MyLesen PSV Bas 2024. Tarikh tutup penyertaan Program MyLESEN PSV Bas 2024 ini adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.

Anda dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan anda melalui alamat emel: [email protected]. Jika anda mencari maklumat tambahan atau ingin mendapatkan jawapan kepada soalan umum, sila rujuk dengan JPJ atau pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran terkini mengenai Program MyLESEN PSV Bas 2024. Program MyLESEN B2 Tahun 2024 dan Program MyLESEN GDL Lori Tahun 2024 boleh rujuk pada laman web ini.