Cara Tukar Nombor Telefon Bank Islam Untuk TAC

Cara Tukar Nombor Telefon Bank Islam. Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Bank Islam IB kini boleh dilakukan dengan menggunakan mesin ATM Bank Islam atau pergi ke cawangan Bank Islam berhampiran. Halaman ini menyediakan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon TAC Bank Islam IB untuk rujukan semua.

Cara Tukar Nombor Telefon Bank Islam Untuk TAC di ATM

  1. Pergi ke mesin ATM Bank Islam terdekat.
  2. Masukkan kad ATM Bank Islam anda bersama nombor PIN.
  3. Pilih menu Online Banking.
  4. Masukkan nombor telefon baru anda. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah.
  5. Selesai.
  6. Dapatkan resit / slip menyatakan kemaskini anda berjaya.

Langkah seterusnya adalah:

  1. Buka laman Bank Islam IB.
  2. Masukkan ID pengguna bersama kata laluan (password) untuk log masuk (login).
  3. Pilih menu Setting.
  4. Pilih bahagian Penyelenggaraan Nombor Telefon (Maintenance Mobile Number)
  5. Masukkan nombor telefon baru anda dan tekan butang Hantar (Submit).
  6. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah. Kemudian, tekan butang Sahkan (Confirm).
  7. Kod pengesahan untuk proses penukaran nombor telefon anda akan dihantar pada nombor telefon lama anda.
  8. Masukkan kod pengesahan yang diterima dan tekan butang Sahkan (Confirm).
  9. Selesai.
Portal Rasmi Bank Islam IB

Cara Tukar Nombor Telefon Bank Islam Di Kaunter

Sebelum pergi ke cawangan Bank Islam berhampiran, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri yang asal, buku simpanan Bank Islam anda, dan kad ATM Bank Islam. Kemudian, ikut langkah mudah berikut:

  1. Pergi ke cawangan Bank Islam berhampiran.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Setelah giliran anda dipanggil, beritahu pengawai Bank Islam bahawa anda ingin mengemaskini / menukar nombor telefon TAC Bank Islam IB.
  4. Selesai.

Untuk makluman anda semua, panduan mengemaskini nombor telefon Bank Islam IB adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Penukaran Nombor Telefon TAC Bank Islam IB, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan Bank Islam yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi Bank Islam IB. Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u untuk rujukan semua.

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u boleh dibuat melalui ATM atau kaunter Maybank. Berikut dikongsikan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon TAC Maybank untuk rujukan anda semua.

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u di ATM Maybank

  1. Pergi ke mesin ATM Maybank terdekat.
  2. Masukkan kad ATM Maybank anda bersama nombor PIN.
  3. Pilih menu MAYBANK2U/PHONE BANKING/ATM SMS ALERTS.
  4. Masukkan nombor telefon baru anda. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah. Kemudian, tekan YA.
  5. Selesai.

Kemaskini di Kaunter Maybank

Sebelum pergi ke cawangan Maybank berhampiran, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri yang asal, buku simpanan Maybank anda, dan kad ATM Maybank. Kemudian, ikut langkah mudah berikut:

  1. Pergi ke cawangan Maybank berhampiran.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Setelah giliran anda dipanggil, beritahu pengawai maybank bahawa anda ingin mengemaskini / menukar nombor telefon TAC Maybank.
  4. Selesai.

Untuk makluman anda semua, pertukaran nombor telefon TAC Maybank TIDAK boleh dilakukan secara online atau menerusi Maybank2u. Panduan mengemaskini nombor telefon TAC Maybank2u adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Penukaran Nombor Telefon TAC Maybank, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan Maybank yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi Maybank2u. Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Cimb Clicks untuk rujukan semua.