Situasi Terkini Covid-19, 29 Mac 2020

Situasi terkini Covid-19, 29 Mac 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 29 Mac 2020

Pada 29 Mac 2020, terdapat sebanyak 68 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 388 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 150 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2470 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 73 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 52 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 7 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 34 kes.

Sumber: KKM

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sendiri sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, orang ramai juga haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang optimum. Tambahan lagi, orang ramai juga digalakan untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan kediaman atau premis masing-masing. Sekiranya tidak sihat, orang ramai boleh menghubungi virtual health advisory untuk tindakan lanjut dan orang ramai juga boleh mengikut sesi Webinar yang diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan ini http://www.doctoroncall.com.my/coronavirus.

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Situasi Terkini Covid-19, 28 Mac 2020

Situasi terkini Covid-19, 28 Mac 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 28 Mac 2020

Pada 28 Mac 2020, terdapat sebanyak 61 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 320 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Situasi Terkini Covid'19-28 Mac 2020

Manakala, terdapat sebanyak 159 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 2320 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 73 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 54 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 1 kes kematian Covid-19 baru telah dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 27 kes.

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sendiri sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, orang ramai juga haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang optimum. Tambahan lagi, orang ramai juga digalakan untuk melakukan aktiviti pembersihan di sekitar kawasan kediaman atau premis masing-masing. Sekiranya tidak sihat, orang ramai boleh menghubungi virtual health advisory untuk tindakan lanjut dan orang ramai juga boleh mengikut sesi Webinar yang diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan ini http://www.doctoroncall.com.my/coronavirus.

Situasi terkini Covid'19-28 Mac 2020

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid’19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Novel Coronavirus (Covid-19)

Novel Coronavirus

Novel coronavirus yang dinamakan sebagai Covid-19 telah mula dikesan di Wilayah Wuhan, China. Covid-19 ini adalah jenis coronavirus baru yang berlainan dalam keluarga coronavirus yang bertanggungjawab terhadap wabak seperti SARS pada tahun 2002 dan MERS-Cov pada tahun 2012. Covid-19 ini boleh merebak dengan cara titisan air dari batuk atau bersin orang yang dijangkiti Covid-19. Simptom jangkitan Covid-19 ini banyak berkaitan dengan gejala jangkitan saluran pernafasan. Halaman ini menyediakan maklumat penting tentang Novel Coronavirus (Covid-19) bagi rujukan semua. Untuk makluman semua, maklumat ini disedia berdasarkan sumber dari Portal Rasmi Virtual Health Advisory Novel Coronavirus (Covid-19) dan Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Gejala Jangkitan Am Novel Coronavirus (Covid-19)

Gejala jangkitan Am Covid-19 adalah seperti Demam, Batuk dan Sakit Tekak. Walau bagaimanapun, segelintir pesakit mungkin mempunyai gejala lain termasuk sesak nafas, berasa lenguh, sakit badan dan keletihan. Selain itu, ada juga individu yang akan mengalami cirit-birit, muntah atau selsema apabila mereka dijangkiti Covid-19.

Sumber: KKM

Langkah – Langkah Pencegahan Jangkitan Coronavirus

Orang ramai diingatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan berikut:

  • Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer)
  • Semasa dalam tempoh lawatan, sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan
  • Semasa dalam tempoh lawatan, elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna;
  • Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan tersebut.

Situasi Terikini Covid-19

Orang ramai boleh mendapatkan perkembangan terkini Covid-19 pada setiap hari melalui laman Facebook Rasmi KKM atau melalui laman Situasi Terkini Covid-19 menerusi pautan ini https://www.kelajuancahaya.com/informasi/situasi-terkini-covid-19-29-mac-2020/.

Hubungi KKM

Sekiranya anda tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan seperti dinyatakan, orang ramai boleh menghubungi atau pergi terus ke klinik atau hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Nombor telefon serta senarai klinik/hospital yang perlu dijuruk boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan Novel Coronavirus (Covid-19) adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Novel Coronavirus (Covid-19), orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada cprc@moh.gov.my atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.