Semakan Keputusan Peperiksaan Matrikulasi

Keputusan Peperiksaan Matrikulasi 2019/2020 akan diumumkan pada satu tarikh rasmi yang akan diumumkan kelak. Oleh yang demikian, para pelajar matrikulasi boleh memuat turun keputusan masing-masing selepas jam 10.00 pagi. Pelajar yang terlibat adalah calon-calon Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester II dan Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester IV Sesi 2019/2020. Menerusi pengumuman KPM, keputusan peperiksaan boleh disemak melalui beberapa kaedah seperti berikut:

Kaedah Menyemak Keputusan Peperiksaan Matrikulasi:

A. Secara Atas Talian/Online

Dimaklumkan bahawa, keputusan peperiksaan matrikulasi Semester II/IV Sesi 2019/2020 boleh disemak secara atas talian/online apabila sistem aplikasi semakan telah dibuka. Panduan menyemak secara atas talian/online adalah seperti dibawah:

  1. Pelajar perlu melayari portal Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM)
  2. Pilih butang Semakan Peperiksaan di portal tersebut bagi memulakan semakan
  3. Masukkan no. MATRIK + 6 DIGIT terakhir dalam no. kad pengenalan pelajar di ruang yang disediakan dan tekan butang semak
  4. Cetak keputusan peperiksaan matrikulasi untuk rujukan pelajar

Keputusan Peperiksaan Matrikulasi

B. Melalui Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Melalui khidmat sistem pesanan ringkas, pelajar juga boleh menyemak keputusan peperiksaan matrikulasi Semester II/IV Sesi 2019/2020. Berikut adalah panduan menyemak:

  1. Taip MOE MAT <no kad pengenalan> 
  2. Hantar ke 15888

# Contoh: MOE MAT 920000045555 dan hantar ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

C. Menggunakan Panggilan Telefon

Pelajar juga boleh meyemak keputusan melalui panggilan telefon ke:

  1. Talian Kolej Matrikulasi masing-masing. Para pelajar boleh menyemak senarai talian Kolej Matrikulasi disini
  2. Sektok Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian:- 03-8884 4083 dan 03-8884 4108

Permohonan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan Matrikulasi

Calon yang ingin menyemak semula keputusan peperiksaan matrikulasi Semester II/IV Sesi 2019/2020 haruslah membaca dan memahami syarat/peraturan Permohonan Semakan Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSM) Kementerian Pendidikan Malaysia. Setelah memahaminya, calon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan BMKPM/SS/PSPM boleh didapati melalui beberapa kaedah seperti berikut:

  1. Dapatkan di Kolej Matrikulasi yan berdekatan
  2. Dapatkan di Pejabat Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia di Putrajaya
  3. Melayari laman web yang beralamat disini

Sebarang maklumat penting tentang panduan menyemak keputusan peperiksaan adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelajar disarankan mendapatkan maklumat di Sektok Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian:- 03-8884 4083 dan 03-8884 4108 (Waktu Pejabat)