Internet Percuma Sepanjang PKP

Internet percuma sepanjang PKP adalah salah satu Pakej Khas Telekomunikasi yang mana ia terdiri daripada pelbagai inisiatif yang berguna untuk membantu rakyat yang terkesan akibat impak Covid-19. Berikut dikongsikan senarai inisiatif-inisiatif Pakej Khas Telekomunikas yang ditawarkan kepada pelanggan.

1GB Internet Percuma

Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Maxis, Digi dan Umobile akan menerima internet berkelajuan tinggi secara percuma sebanyak 1GB setiap hari untuk digunakan dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang sepanjang pelaksanaan PKP Fasa 2.

Panggilan Percuma

Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Maxis, Digi dan Umobile akan ditawarkan panggilan percuma ke talian hotline National Crisis Preparedness and Response Centre (NCPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.

YTL Communications

YTL Communications menawarkan akses percuma untuk sumber pembelajaran dalam talian FrogAsia dan menyediakan data percuma melalui rangkaian mudah alih YES 4G. Ibu bapa boleh mendapatkan sehingga lima kad SIM prabayar 4G percuma daripada YES, satu untuk setiap anak yang masih belajar dalam keluarga masing-masing. Sila kunjungi www.ytlfoundation.org/learn untuk mendaftar FrogPlay Mobile dan memohon kad SIM prabayar YES 4G.

Telekom Malaysia Berhad (TM)

Pelanggan pascabayr unifi Mobile akan ditawarkan Pas hotspot LTE 999GB, panggilan suara domestik percuma oleh TIME dotCOM Berhad dan rebat bil sebanyak RM240 kepada pelanggan yang ingin menaik taraf data jalur lebar rumah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yakin insiatif-inisiatif yang ditawarkan ini dapat sedikit sebanyak membantu meringgankan beban rakyat yang terkesan daripada penularan pandemik Covid-19. Selain itu, membolehkan kesalinghububgan berterusan supaya rakyat dapat melakukan tugasan harian mereka dengan efisien.

Sumber: SKMM

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej khas ini, pelanggan disarankan untuk merujuk dan berhubung dengan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.