Rumah Selangorku

Rumah Selangorku adalah salah satu skim perumahan dari kerajaan negeri Selangor yang mana ia bertujuan untuk menyediakan perumahan mampu milik kepada warga Selangor. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan untuk rujukan anda semua.

Syarat – Syarat Kelayakan Permohonan

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan/pendaftaran.
  • Tidak memiliki sebarang jenis kediaman di negeri Selangor.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah (Pemohon dan Pasangan) tidak melebihi RM10,000.

Proses Permohonan Rumah Selangorku

  1. Anda boleh melayari laman rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan mendaftar sebagai pengguna.
  2. Pengguna yang berdaftar boleh memilih projek hartanah dan hantar permohonan. Panduan permohonan boleh dirujuk di sini.
  3. Keputusan permohonan akan dibuat oleh sistem dan diluluskan oleh jawatankuasa LPHS.
  4. Anda perlu memuat naik dokumen yang dikehendaki apabila berjaya ditawarkan.
  5. Anda akan menerima surat tawaran dan perlu melaksana proses pinjaman.
  6. Pindah ke kediaman baru pemohon apabila hartanah siap dibangunkan.

Status Permohonan

Status permohonan terbahagi kepada beberapa kategori seperti di bawah:

1. Kategori Draf

Kategori draf merujuk kepada permohonan yang masih belum lengkap sepenuhnya yang mana sekiranya pemohon gagal melengkapkan maklumat permohonan dan tidak berjaya dihantar dalam tempoh 14 hari, pendaftaran ini akan terbatal dan permohonan baru perlu dibuat semula.

2. Kategori Senarai Menunggu

Kategori senarai menunggu merujuk kepada permohonan dalam proses untuk ditawarkan rumah namun ianya tertakluk kepada kriteria dan syarat kelayakan pemohon, jumlah permintaan daripada pemohon, stok unit rumah yang ada ditawarkan dan sebagainya yang mempengaruhi proses penawaran dan kelayakan pemohon. Sekiranya selepas tempoh 2 tahun masih tiada keputusan tawaran, permohonan baru perlu dibuat semula atau pemohon boleh menukar Lokasi / Projek permohonan.

3. Kategori Layak Ditawarkan

Kategori layak ditawarkan merujuk kepada permohonan lulus ditawarkan Rumah Selangorku yang mana pihak pemaju berkenaan akan menghubungi pemohon melalui surat pemakluman berhubung status kelayakan pemohon untuk tindakan selanjutnya.

Kategori Rumah Selangorku

Berikut dikongsikan kategori rumah selangorku seperti berikut:

A. Rumah Bertingkat (Apartment)

  1. Type A – Minimum binaan (kps): 700, Harga jualan maksimum (RM): 42,000
  2. Type B – Minimum binaan (kps): 750, Harga jualan maksimum (RM): 100,000
  3. Type C – Minimum binaan (kps): 800, Harga jualan maksimum (RM): 150,000
  4. Type D- Minimum binaan (kps): 900, Harga jualan maksimum (RM): 200,000
  5. Type E- Minimum binaan (kps): 900, Harga jualan maksimum (RM): 250,000 (Hanya tertakluk kepada kawasan di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Petaling Jaya City Council, or MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (Ampang Jaya Municipal Council, or MPAJ), dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (Subang Jaya Municipal Council, or MPSJ).

B. Rumah Atas Tanah (Rumah Bandar atau Teres)

  1. Type A – Minimum binaan (kps): 700, Harga jualan maksimum (RM): 42,000
  2. Type B – Minimum binaan (kps): 750, Harga jualan maksimum (RM): 100,000
  3. Type C – Minimum binaan (kps): 1000, Harga jualan maksimum (RM): 200,000
  4. Type D- Minimum binaan (kps): 900, Harga jualan maksimum (RM): 250,000

Permohonan bagi kategori Type A layak untuk isi rumah yang berpendapatan maksimum RM3000 sebulan. Manakala, permohonan bagi kategori Type B, C, D, E adalah layak untuk isi rumah yang berpendapatan maksimum RM3,001 – RM10,000 sebulan.

Sumber: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Sebarang maklumat penting berkaitan Rumah Selangorku adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melayari maklumat di halaman Permohonan Rumah Selangorku ataupun melalui laman rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) ditalian +603-5510 2177/ +603-5510 2122 atau emel ke [email protected] / [email protected].

Program SAVE 2.0

Program SAVE 2.0 adalah satu program pemberian e-Rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga yang berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Tujuan Penubuhan Program SAVE 2.0

Tujuan program ini adalah untuk

  • menaikkan kesedaran orang ramai supaya membeli kelengkapan cekap tenaga yang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
  • menambahkan bilangan peralatan elektrik cekap tenaga yang bertaraf lima (5) dan empat (4) bintang di pasaran.

Kriteria Kelayakan Permohonan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utiliti elektrik seperti TNB, SESB dan SEB.
  3. Menebus baucer e-Rebat untuk tujuan pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel empat (4) atau lima (5) Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021.
  4. 1 akaun bil elektrik hanya layak untuk mendapat 1 baucer diskaun e-Rebat bagi 150,000 tebusan pertama.

Senarai Kedai / Pasaraya yang berdaftar di bawah Program SAVE 2.0

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan senarai kedai/pasaraya berdaftar di bawah program ini, anda boleh melayari laman laman rasmi SEDA Malaysia melalui pautan saveenergy.gov.my.

Panduan Permohonan e-Rebat RM200

Terdapat 2 kaedah tersedia untuk memohon e-Rebat RM200, iaitu:

  • Kaedah 1: Pembelian dan penebusan di kedai/pasar raya berdaftar.
  • Kaedah 2 : Pembelian secara atas talian(e-dagang) melalui platform Shopee dan Lazada. Panduan permohonan e-Rebat RM200 melalui Shopee boleh dirujuk di sini.
Kaedah 1
Sumber: SEDA Malaysia
Kaedah 2
Sumber: SEDA Malaysia

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Program SAVE 2.0 ini anda boleh pergi ke laman rasmi SEDA Malaysia melalui pautan saveenergy.gov.my. dan sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan atau permasalahan, anda boleh menghubungi Pegawai SEDA Malaysia ditalian +603-88705800.

Permohonan e-Rebat RM200 untuk Pembelian Peralatan Elektrik

Permohonan e-Rebat RM200 untuk Pembelian Peralatan Elektrik boleh dibuat melalui platform Shopee. Berikut dikongsikan panduan permohonan e-Rebat RM200 untuk rujukan anda semua.

Panduan Permohonan e-Rebat RM200 untuk Pembelian Peralatan Elektrik

  1. Buka aplikasi Shopee melalui peranti telefon atau komputer anda.
  2. Pilih menu Daftar Sekarang & Tebus Baucar RM200 seperti yang tertera.
  3. Tekan butang Daftar Sekarang.
  4. Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti Nombor Bil Elektrik, Nombor Kad Pengenalan, Nama Penuh dan lain-lain. Jika anda bukan pemegang akaun bil elektrik berkenaan, nyatakan status anda dengan pemegang akaun sebenar.
  5. Sahkan permohonan dan tekan butang Hantar.
  6. Selesai.

Status Permohonan e-Rebat RM200

Untuk makluman semua, status permohonan e-Rebat RM200 ini akan dimaklumkan dalam masa 14 hari berkerja dari tarikh permohonan anda. Sekiranya permohonan e-Rebat RM200 anda diluluskan, Baucer RM200 akan dikreditkan ke Shopee Wallet anda.

Sumber: Shopee

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang e-rebat RM200 ini anda boleh pergi ke laman Program SAVE 2.0 atau melayari laman rasmi SEDA Malaysia melalui pautan saveenergy.gov.my. dan sekiranya anda mengalami sebarang kesulitan atau permasalahan, anda boleh menghubungi Pegawai SEDA Malaysia ditalian +603-88705800.

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks kini boleh dilakukan dengan menggunakan mesin ATM CIMB atau menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB. Halaman ini menyediakan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon TAC CIMB Clicks untuk rujukan semua.

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks di ATM

  1. Pergi ke mesin ATM CIMB terdekat.
  2. Masukkan kad ATM CIMB anda bersama nombor PIN.
  3. Pilih menu LAIN-LAIN (OTHERS).
  4. Pilih CIMB Clicks.
  5. Masukkan nombor telefon baru anda. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah. Kemudian, tekan butang TERUSKAN (PROCEED).
  6. Selesai.
  7. Dapatkan resit / slip menyatakan pendaftaran TAC anda berjaya.

Langkah seterusnya adalah:

  1. Buka laman CIMBClicks.
  2. Masukkan ID pengguna bersama kata laluan (password) untuk log masuk (login).
  3. Pilih menu Setting.
  4. Tekan butang pensil (Edit) pada bahagian Nombor Telefon (Phone Number).
  5. Masukkan nombor telefon baru anda dan tekan butang simpan (Save).
  6. Tekan Minta TAC (Request TAC) untuk mendapatkan kod pengesahan untuk proses penukaran nombor telefon anda.
  7. Masukkan kod pengesahan yang diterima pada nombor telefon baru anda dan tekan butang sahkan (Confirm).
  8. Selesai.
Panduan Mengemaskini Nombor Telefon TAC CIMB Clicks

Hubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB

Sebelum menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri, buku simpanan CIMB anda, dan kad ATM CIMB. Kemudian, hubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB di talian +603 6204 7788. Langkah menghubungi adalah seperti berikut:

  1. Pilih Bahasa.
  2. Pilih 0 untuk bercakap dengan pegawai Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB.
  3. Tekan 1 : Perbankan.
  4. Tekan 1 : Individu.
  5. Tekan 1 : Masukkan nombor kad pengenalan.
  6. Tekan 0
  7. Tekan 3 : CIMB Clicks.
  8. Pegawai Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB akan membantu mengemaskini nombor telefon CIMB Clicks anda.
  9. Selesai.

Untuk makluman anda semua, panduan mengemaskini nombor telefon TAC CIMB Clicks adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Penukaran Nombor Telefon TAC CIMB Clicks, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan CIMB yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi CIMB Clicks. Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u untuk rujukan semua.

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u boleh dibuat melalui ATM atau kaunter Maybank. Berikut dikongsikan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon TAC Maybank untuk rujukan anda semua.

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u di ATM Maybank

  1. Pergi ke mesin ATM Maybank terdekat.
  2. Masukkan kad ATM Maybank anda bersama nombor PIN.
  3. Pilih menu MAYBANK2U/PHONE BANKING/ATM SMS ALERTS.
  4. Masukkan nombor telefon baru anda. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah. Kemudian, tekan YA.
  5. Selesai.

Kemaskini di Kaunter Maybank

Sebelum pergi ke cawangan Maybank berhampiran, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri yang asal, buku simpanan Maybank anda, dan kad ATM Maybank. Kemudian, ikut langkah mudah berikut:

  1. Pergi ke cawangan Maybank berhampiran.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Setelah giliran anda dipanggil, beritahu pengawai maybank bahawa anda ingin mengemaskini / menukar nombor telefon TAC Maybank.
  4. Selesai.

Untuk makluman anda semua, pertukaran nombor telefon TAC Maybank TIDAK boleh dilakukan secara online atau menerusi Maybank2u. Panduan mengemaskini nombor telefon TAC Maybank2u adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Penukaran Nombor Telefon TAC Maybank, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan Maybank yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi Maybank2u. Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Cimb Clicks untuk rujukan semua.

Kaedah Pengiraan Bil Elektrik TNB Semasa PKP

Kaedah pengiraan bil elektrik TNB semasa pkp bagi pengguna domestik adalah dengan menggunakan prorata yang ditetapkan. Berikut dikongsikan kaedah pengiraan bil elektrik TNB semasa pkp bagi rujukan pengguna.

Blok dan Kadar Tarif Elektrik

Kaedah pengiraan adalah berdasarkan prorata blok dengan faktor = 3.00000 bagi setiap blok. Berikut adalah prorata blok dan kadar tarif bagi rujukan pengiraan bil elektrik TNB.

Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Langkah Pengiraan Kadar Penggunaan Elektrik TNB

Langkah pengiraan jumlah kadar penggunaan elektrik TNB bagi pengguna domestik semasa PKP adalah seperti berikut:

Blok Tarif Peringkat Pertama

600 unit (kWj) pertama dikira dengan kadar RM0.218/seunit. Jumlah keseluruhan 600 unit (kWj) dalam blok ini jika digunakan sepenuhnya adalah sebanyak RM 130.80. Sekiranya anda menggunakan lebih daripada 600 unit (kWj), unit berikutnya akan dibawa ke peringkat seterusnya.

Blok Tarif Peringkat Kedua

Penggunaan elektrik yang melebihi dari 600 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini, namun terhad kepada 300 unit (kWj) sahaja. Di mana kadar tarif peringkat ini adalah RM 0.334/seunit. Sekiranya penggunaan elektrik digunakan sepenuhnya dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 100.20. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan elektrik sebanyak 300 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 = RM 231.00

Blok Tarif Peringkat Ketiga

Penggunaan elektrik yang melebihi dari 900 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ketiga, namun terhad kepada 900 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.516/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 464.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 1800 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 = RM 695.40.

Blok Tarif Peringkat Keempat

Penggunaan elektrik melebihi dari 1,800 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat keempat, namun terhad kepada 900 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.546/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 491.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 900 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 + RM 491.40 = RM 1,186.80.

Blok Tarif Peringkat Kelima

Penggunaan elektrik melebihi dari 2,700 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini di mana semuanya akan dikadarkan pada RM 0.571/seunit. Tiada had unit dalam peringkat ini. Untuk melihat cara jumlah keseluruhan bil, sila rujuk contoh bil dibawah.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Penggunaan elektrik sebanyak 1,800 unit (kWj) pertama dikira dengan mengikuti langkah seperti di atas dan penggunaan elektrik selepas 1,800 unit (kWj) dikira dalam peringkat keempat. Jumlah kadar 400 unit (kWh) terakhir ini adalah RM 218.40. Jadi, keseluruhan bil bagi penggunaan 2,200 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 + RM 218.40 = RM 913.80

Langkah Pengiraan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST)

Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) akan dikira untuk bil-bil domestik dengan jumlah penggunaan melebihi 1,800 unit (kWj) semasa PKP. Berikut dikongsikan cara pengiraan cukai jualan & perkhidmatan (SST) untuk penggunaan elektrik melebihi 1,800 (kWj).

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Pengiraan cukai SST adalah dengan menggunakan kadar penggunaan selepas 1,800 unit (kWj) pertama. Jumlah cukai SST adalah: 6% x (RM 218.40 – 2% Dis Rangsangan Ekonomi – Jumlah Anggaran Terdahulu) = RM13.10

Langkah Pengiraan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) adalah dana yang akan digunakan untuk menggalakan pembangunan penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Kutipan dana ini dilaksanakan melalui surcaj 1.6% bermula pada 1 Januari 2014, yang dikenakan terhadap penggunaan tenaga elektrik oleh semua pengguna TNB kecuali pengguna Domestik dengan penggunaan sebulan 300kWj dan ke bawah. Surcaj ini akan dinamakan ‘Dana Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu’ dan akan dipaparkan dalam bil pengguna mulai 1 Disember 2011.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Jumlah KWTBB adalah: 1.6% x (Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik, RM 913.80 – 2% Dis Rangsangan Ekonomi) = RM14.62

Jumlah Pembayaran Bil Elektrik TNB

Jumlah pembayaran bil elektrik TNB semasa PKP bagi pengguna domestik adalah: Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik – Jumlah Anggaran Terdahulu + Jumlah Cukai SST + Jumlah KWTBB.

Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.

Jumlah Pembayaran Bil Elektrik = RM 913.80 + (Jumlah Anggaran Terdahulu tertakluk kepada bil pengguna) + RM13.10 + RM14.62 = RM941.52

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pengiraan penggunaan bil elektrik TNB, pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat dengan melayari laman sesawang TNB di www.tnb.com.my/prihatin atau e-mel [email protected] atau menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga berhampiran.

Situasi Terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 11 Julai

Situasi Terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 11 Julai 2020 setakat jam 12.00 tengahari adalah seperti berikut. Perkongsian ini adalah berdasarkan maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

Untuk makluman semua, hanya negeri Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak sahaja yang dilaporkan ada pertambahan kes Covid-19 baharu. Jumlah pertambahan kes Covid-19 baharu adalah seperti berikut:

  • Selangor: 3 Kes
  • Johor: 2 Kes
  • Sabah: 1 Kes
  • Sarawak: 2 Kes

Jumlah kes Covid-19 mengikut Negeri adalah seperti berikut:

  • Perlis: 18 Kes
  • Kedah: 98 Kes
  • Pulau Pinang: 121 Kes
  • Perak: 258 Kes
  • Selangor: 2,079 Kes
  • Negeri Sembilan: 1,027 Kes
  • Melaka: 256 Kes
  • Johor: 699 Kes
  • Pahang: 365 Kes
  • Terengganu: 111 Kes
  • Kelantan: 157 Kes
  • Sabah: 379 Kes
  • Sarawak: 577 Kes
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 2,445 Kes
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 97 Kes
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 17 Kes

Secara ringkasnya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi diikuti dengan negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Manakala, Negeri Wilayah Persekutuan Labuan masih mencatatkan kes Covid-19 paling rendah setakat ini.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 11 Julai 2020 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan untuk melayari portal rasmi KKM atau mendapatkannya menerusi Facebook KKM.

Situasi Terkini Covid-19, 11 Julai 2020

Situasi terkini Covid-19, 11 Julai 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 11 Julai 2020

Pada 11 Julai 2020, sehingga jam 12.00 tengahari terdapat sebanyak 4 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 8,515 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 8 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,704 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 3 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 2 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan. Untuk makluman semua, daripada 8 kes baharu tersebut, 4 kes adalah kes import dan 4 kes adalah kes penularan tempatan, yang mana daripada kes penularan tempatan tersebut, 2 kes adalah dikalangan warganegara Malaysia.

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan 1 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 122 kes.

Sumber: KKM

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Pihak KKM menyarankan agar orang ramai bertanggungjawab dengan:

  1. Mematuhi perintah kawalan pergerakan ( PKP).
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.

Situasi Terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 10 Julai

Situasi Terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 10 Julai 2020 setakat jam 12.00 tengahari adalah seperti berikut. Perkongsian ini adalah berdasarkan maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

Untuk makluman semua, hanya negeri Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja yang dilaporkan ada pertambahan kes Covid-19 baharu. Jumlah pertambahan kes Covid-19 baharu adalah seperti berikut:

  • Kedah: 1 Kes
  • Selangor: 6 Kes
  • Johor: 1 Kes
  • Sarawak: 2 Kes
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 3 Kes

Jumlah kes Covid-19 mengikut Negeri adalah seperti berikut:

  • Perlis: 18 Kes
  • Kedah: 98 Kes
  • Pulau Pinang: 121 Kes
  • Perak: 258 Kes
  • Selangor: 2,076 Kes
  • Negeri Sembilan: 1,027 Kes
  • Melaka: 258 Kes
  • Johor: 697 Kes
  • Pahang: 365 Kes
  • Terengganu: 111 Kes
  • Kelantan: 157 Kes
  • Sabah: 378 Kes
  • Sarawak: 575 Kes
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 2,445 Kes
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 97 Kes
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 17 Kes

Secara ringkasnya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi diikuti dengan negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Manakala, Negeri Wilayah Persekutuan Labuan masih mencatatkan kes Covid-19 paling rendah setakat ini.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 10 Julai 2020 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan untuk melayari portal rasmi KKM atau mendapatkannya menerusi Facebook KKM.

Situasi Terkini Covid-19, 10 Julai 2020

Situasi terkini Covid-19, 10 Julai 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 10 Julai 2020

Pada 10 Julai 2020, sehingga jam 12.00 tengahari terdapat sebanyak 12 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 8,511 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 13 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,696 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 2 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 2 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan. Untuk makluman semua, daripada 13 kes baharu tersebut, 8 kes adalah kes import dan 5 kes adalah kes penularan tempatan, yang mana daripada kes penularan tempatan tersebut, 3 kes adalah dikalangan warganegara Malaysia.

Sukacita dimaklumkan, tiada pertambahan kes kematian Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 121 kes.

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Pihak KKM menyarankan agar orang ramai bertanggungjawab dengan:

  1. Mematuhi perintah kawalan pergerakan ( PKP).
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.