Permohonan Salinan Keputusan PMR

Permohonan salinan keputusan PMR boleh dibuat secara terus di Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk makluman, permohonan ini hanya terbuka kepada calon PMR yang kehilangan atau mengalami kerosakan sijil PMR mereka yang asal. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan salinan keputusan PMR bagi rujukan pemohon.

Panduan Permohonan Salinan Keputusan PMR

Berikut dikongsikan dua cara mudah untuk memohon salinan keputusan PMR calon.

A. Walk-in ke LP

Pemohon atau Wakil (terdiri daripada Ibu bapa/suami/isteri/adik beradik yang dilantik secara bertulis melalui surat pelantikan wakil) boleh membuat permohonan secara terus di kaunter sijil LP yang terletak di Lobi Utama, Aras Bawah, Blok E11, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya dan membawa dokumen seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96a yang lengkap diisi
  2. Kad pengenalan pemohon
  3. Salinan keputusan PMR jika ada
  4. Wang tunai berjumlah RM30.00

Manakala, bagi wakil pemohon, dokumen yang diperlukan adalah:

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96a yang lengkap diisi
  2. Salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan
  3. Salinan keputusan PMR pemohon yang disahkan jika ada
  4. Surat Perlantikan Wakil LP/SIJIL/Pin 1/96c
  5. Wang tunai berjumlah RM30.00

Untuk makluman semua, tempoh pengeluaran salinan keputusan PMR di kaunter LP adalah seperti berikut:

  1. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
  2. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja

B. Kiriman Pos

Pemohon juga boleh menggunakan kiriman pos untuk memohon salinan keputusan PMR. Berikut dikongsikan senarai dokumen yang diperlukan semasa menghantar permohonan.

  1. Borang Permohonan Salinan Keputusan LP/SIJIL/Pin 1/96a yang lengkap diisi
  2. Kiriman Wang / Wang Pos berjumlah RM30.00 ke atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
  3. Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan
  4. Salinan keputusan PMR pemohon yang disahkan jika ada
  5. Sampul pos ekspress beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran salinan keputusan PMR

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen yang diperlukan ke alamat:

PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

Permohonan melalui pos ini akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos. Untuk makluman semua, LP tidak mengeluarkan salinan laporan untuk UPSR dan PT3. Pemohon dinasihatkan menghubungi sekolah untuk urusan tersebut. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang panduan permohonan salinan keputusan PMR, calon disarankan menghubungi Unit Pensijilan, Lembaga Peperiksaan di talian 03-8884 3526/3528.