Semakan Permohonan Baru dan Rayuan BPN 2.0

Semakan Permohonan Baru dan Rayuan BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021. Sekiranya permohonan lulus, pembayaran akan dibuat sekaligus (Fasa 1 dan Fasa 2) pada satu tarikh sekitar bulan Januari 2021. Di sini, kami kongsikan panduan Semakan Permohonan Baru dan Rayuan BPN 2.0 untuk rujukan anda semua.

Panduan Semakan Permohonan BPN 2.0

Semakan permohonan BPN 2.0 kini boleh dilakukan secara atas talian/online melalaui pautan https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN. Untuk semakan secara online, anda boleh mengikuti langkah mudah seperti berikut:

  1. Layari pautan https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.
  2. Isi nombor kad pengenalan diri dan tekan butang Cari.
  3. Isi Captcha yang dipapar dan tekan butang Semak.
  4. Status Kelulusan BPN akan dipaparkan.
  5. Selesai.

Jumlah Bayaran BPN 2.0

Jumlah pembayaran BPN 2.0 bagi permohonan baru dan rayuan adalah seperti berikut:

Sumber: LHDN Malaysia

Pembayaran bagi permohonan baharu BPN 2.0 akan dibuat secara sekaligus bermula 21 Januari 2021 dan kaedah bayarannya adalah seperti berikut:

Sumber: LHDN Malaysia

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut: Kementerian Kewangan ditalian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566, manakala LHDNM ditalian 1-800 882 747 / 03-8911 1000 yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad – Jumaat). Selain itu, anda juga boleh membuat pertanyaan melalui e-mel ke alamat [email protected] atau [email protected] atau menerusi telegram: PRE PRIHATIN atau dengan menggunakan Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia.