MyRailLife KTMB: Pas Perjalanan Percuma Untuk OKU & Pelajar

MyRailLife KTMB adalah pas perjalanan percuma untuk pelajar dari Tahun 1 hingga Tingkatan 6 dan individu Orang Kurang Upaya (OKU) adalah disediakan untuk perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) di sektor Gemas – Tumpat, serta perkhidmatan KTM Komuter di sektor Lembah Klang dan Utara. Pas MyRailLife bagi penggunaan KTMB akan berkuatkuasa mulai 15 Februari 2023 hingga 14 Februari 2024. Tiada bayaran yang dikenakan bagi pengeluaran Pas
MyRailLife.

Matlamat

Pas MyRailLife diperkenalkan dengan tujuan mengurangkan beban kewangan dalam pengangkutan pelajar sekolah dan individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) dan KTM Komuter. Ini juga bertujuan untuk mempromosikan penggunaan pengangkutan awam oleh pelajar sekolah dan golongan OKU.

Syarat Kelayakan

Pas MyRailLife adalah layak sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pelajar dari tahun 1 hingga tahun 6 (berumur 7 hingga 12 tahun).
  3. Pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 (berumur 13 hingga 19 tahun).
  4. Individu Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Jenis Perkhidmatan

Pas ini membolehkan pengguna menaiki perkhidmatan seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Shuttle Timuran (DMU) di laluan Gemas – Tumpat.
  2. Perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor Lembah Klang (Pelabuhan Klang – Tg. Malim – Pelabuhan Klang & Batu Caves – Pulau Sebang Batu Caves).
  3. Perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor Utara (Padang Besar – Butterworth – Padang Besar & Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas).

Panduan Mendapatkan Pas

Untuk mendapatkan Pas ini, anda boleh mengikuti langkah pada laman berikut: MyRail Life Pass Perjalanan Percuma Tanpa Had – KTMB

Syarat Penggunaan

Syarat-syarat penggunaan Pas MyRailLife adalah seperti berikut:

  1. Hanya boleh digunakan di antara stesen mula dan stesen destinasi yang tertera pada Pas MyRailLife.
  2. Hanya boleh digunakan oleh penumpang yang direkodkan dalam Pas MyRailLife.
  3. Hanya boleh digunakan dalam tempoh sah laku yang dinyatakan pada Pas MyRailLife.
  4. Semasa pemeriksaan, Pas MyRailLife dan MyKad/MyKid mesti dikemukakan kepada kakitangan KTMB.
  5. Rujukan terperinci terhadap syarat-syarat boleh diperolehi melalui laman web KTMB.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Pas MyRailLife, sila kunjungi www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-2267 1200. Anda juga boleh mengikuti media sosial rasmi KTMB:

i. Facebook (KTM Berhad)
ii. Twitter (@ktm_berhad)
iii. Instagram (ktmbocial)