Program MyLESEN B2 Tahun 2024 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah inisiatif yang ditetapkan untuk memudahkan proses pengurusan lesen memandu bagi kategori B2. Lesen memandu kategori B2 merangkumi kenderaan seperti motosikal dengan kapasiti enjin tidak melebihi 250cc.
Syarat Kelayakan Peserta
Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Syarat kelayakan Program MyLESEN B2 pada tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 Tahun dan ke atas
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan
- Sihat fizikal dan mental
- Belum memiliki sebarang lesen memandu
- Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
Panduan Pendaftaran Program MyLESEN B2
Sekiranya ada layak dan berminat untuk menyertai program ini, peserta boleh scan QR Code yang dilampirkan atau dengan melayari pautan https://forms.gle/B5gbUkz2SxeydmnW6. Tarikh tutup penyertaan Program MyLESEN B2 2024 ini adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Anda dialu-alukan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan anda melalui alamat emel: mylesenb2@jpj.gov.my. Jika anda mencari maklumat tambahan atau ingin mendapatkan jawapan kepada soalan umum, sila rujuk dengan JPJ atau pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan butiran terkini mengenai Program MyLESEN B2 2024. Permohonan Cermin Gelap ke JPJ.