Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh dibuat secara atas talian/online melalui Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau melalui Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH). Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi rujukan anda.

Kategori Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Merujuk kepada Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) terbahagi kepada 4 kategori iaitu:

A. Kategori pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah

Kategori pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM1,600 yang mana pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April 2020 sebanyak RM1,000 dan pada akhir bulan Mei 2020 sebanyak RM600. Pembayaran bantuan ini adalah secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH.

B. Kategori pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000

Kategori pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000 akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 yang mana pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April 2020 sebanyak RM500 dan pada akhir bulan Mei 2020 sebanyak RM500. Pembayaran bantuan ini adalah secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah LHDNM.

C. Kategori bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah

Kategori bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM800 yang mana pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April 2020 sebanyak RM500 dan pada akhir bulan Mei 2020 sebanyak RM300. Pembayaran bantuan ini adalah secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah BSH.

D. Kategori bujang berpendapatan RM2001 hingga RM4,000

Kategori bujang berpendapatan RM2001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan sebanyak RM500 yang mana pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April 2020 sebanyak RM250 dan pada akhir bulan Mei 2020 sebanyak RM250. Pembayaran bantuan ini adalah secara terus ke akaun bank berdaftar di bawah LHDNM.

Panduan Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Bagi isi rumah dan individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH) atau isi rumah dan individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM tidak perlu mengemukakan permohonan baharu. Permohonan baharu hanyalah untuk mereka yang tidak diluluskan bawah senarai BSH atau meraka bukan pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM. Permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: www.hasil.gov.my.

Maklumat Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut: Kementerian Kewangan ditalian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566, manakala LHDNM ditalian 1-800 882 747 / 03-8911 1000 yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad – Jumaat) mulai 29 Mac 2020. Selain itu, anda juga boleh membuat pertanyaan melalui e-mel ke alamat bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my atau menerusi telegram: PRE PRIHATIN atau dengan menggunakan Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia.