Pendaftaran Aplikasi MySejahtera

Pendaftaran Aplikasi MySejahtera boleh dibuat dengan mengikuti panduan yang dikongsikan pada halaman ini. Untuk makluman, aplikasi MySejahtera ini merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia yang mana ia diwujudkan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Fungsi Aplikasi MySejahtera

Berikut adalah tujuan pembangunan Aplikasi MySejahtera:

  1. Menilai tahap kesihatan terhadap risiko Covid-19 untuk anda sekeluarga.
  2. Mendapat panduan kesihatan terkini membabitkan Covid-19.
  3. Mendapatkan panduan tindakanyang perlu diambil berdasarkan kategori risiko Covid-19.
  4. Mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan.
  5. Menerima maklumat terkini dan panduan dari sumber yang sahih.
Sumber: KKM

Panduan Pendaftaran Aplikasi MySejahtera

Langkah-langkah pendaftaran adalah seperti berikut:

  1. Layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/ dan tekan butang Daftar.

2. Buat pendaftaran dengan masukkan nombor telefon bimbit atau alamat e-mail anda dan tekan butang Daftar.

3. Masukkan One Time Pin (OTP) yang diterimamelalui SMS daripada 63839 jika anda mendaftar dengan menggunakan nombor telefon dan melalui e-mail jika mendaftar dengan menggunakan e-mail. Kemudian tekan butang Hantar.

4. Masukkan butiran peribadi anda yang diperlukan dan tekan butang Seterusnya. Pilih dan sahkan kata laluan akaun MySejahtera anda. Kata laluan untuk aplikasi ini mestilah mengandungi minimum 6 aksara dan maksimum 25 aksara.

5. Notifikasi ‘Pendaftaran Berjaya’ akan dipaparkan.

6. Layari aplikasi MySejahtera melalui Play Store untuk pengguna Android dan App Store bagi pengguna iPhone ataupun melalui Huawei AppGallery bagi pengguna Huawei. Kemudian, tekan butang Muat Turun/Install.

7. Log Masuk/Sign In dengan menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang didaftarkan. Pastikan anda memasukkan nombor telefon dalam format berikut.
Contoh: 60170001122.

8. Selesai mendaftar, pengguna boleh membuat Penilaian Kesihatan Covid-19 di mana Keputusan Penilaian Kesihatan tersebut akan dipaparkan.

Sebarang maklumat penting tentang Pendaftaran MySejahtera adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan menghantar pertanyaan menerusi pautan berikut: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/register/help.