Cara Menebus Kredit eMadani

Cara Menebus Kredit eMADANI: Program eMADANI merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan yang diumumkan dalam konteks ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. Pendaftaran dan tuntutan eMADANI hanya dibuka sekali bagi setiap pemohon yang memenuhi syarat, bermula dari jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023, hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Sementara itu, kredit eMADANI dan manfaat yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet boleh digunakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.

Syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023.
  3. Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.

Perlu diingatkan bahawa penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk menyertai program ini kerana mereka sudah menerima manfaat dari kredit eBeliaRahmah.

Langkah Menebus Kredit eMADANI:

Senarai penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat:

  1. MAE
  2. Setel
  3. ShopeePay
  4. Touch ‘n Go eWallet

Proses pengesahan untuk pengguna baru dan yang sudah ada boleh dilakukan dengan langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.
  2. Bagi pengguna baru atau yang sudah ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
  3. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan menjalankan proses verifikasi identiti anda secara elektronik ‘Know-Your-Customer’ (eKYC).
  4. Pada aplikasi e-dompet pilihan anda, sila masukkan maklumat yang diperlukan di halaman tuntutan eMADANI dan tekan “Hantar”.
  5. Anda akan menerima notifikasi daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sekiranya tuntutan berjaya.

Pemberian kredit sebanyak RM100 ke dalam e-dompet pilihan anda akan memakan masa 24 jam hingga 5 hari selepas tarikh permohonan, apabila anda memenuhi syarat eMADANI dan telah lulus proses pengesahan eKYC.

Individu yang layak hanya dibenarkan membuat tuntutan kredit eMADANI sekali sahaja daripada satu (1) penyedia perkhidmatan e-dompet. Sila merujuk kepada aplikasi e-dompet masing-masing untuk maklumat lebih lanjut mengenai proses penebusan kredit eMADANI.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada Soalan Lazim eMADANI. Jika terdapat sebarang pertanyaan tambahan mengenai eMADANI, sila hubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang berkaitan melalui talian, e-mel, atau pautan seperti berikut:

  • MAE: 1300-88-6688 atau e-mel ke mgcc@maybank.com.my
  • Setel: E-mel ke hello@setel.com atau klik di sini
  • ShopeePay: +603-2777 9222 atau klik di sini
  • Touch ‘n Go eWallet: +603-5022 3888 atau klik di sini