Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam sebanyak RM180 sebulan bagi setiap anak adalah salah satu inisiatif yang dibentangkan dalam Belanjawan 2023. Matlamat subsidi ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska. Subsidi ini akan dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai tersebut berkhidmat. Subsidi ini juga hanya akan diberikan kepada seorang pegawai, sama ada suami atau isteri, bagi setiap anak.
Syarat Kelayakan Permohonan
Sebelum membuat permohonan, anda disarankan untuk menyemak syarat kelayakan permohonan terlebih dahulu bagi memudah dan mempercepatkan proses permohonan anda. Syarat kelayakan adalah seperti di bawah:
Panduan Permohonan
Permohonan bantuan ini boleh diajukan melalui Bahagian Sumber Manusia atau unit yang menguruskan urusan berkaitan TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat. Permohonan untuk mendapatkan subsidi ini hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi berkenaan bersertakan dengan dokumen sokongan yang lengkap seperti :
- Borang Permohonan Subsidi Yuran Taska. Borang permohonan boleh dimuat turun di sini.
- Salinan penyata gaji suami/isteri: Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai.
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak atau;
- Salinan Sijil Kelahiran anak angkat dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara atau;
- Salinan Sijil Kelahiran anak pelihara dan dokumen pengesahan mengikut peruntukan undang-undang atau;
- Salinan Sijil Kelahiran anak tiri dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut.
- Salinan Sijil Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai.
Pemohon hendaklah mengemukakan semula permohonan setiap tahun selewat-lewatnya pada 31 Disember. Sekiranya terdapat pertanyaan dan soalan mengenai Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam RM180, anda disarankan melayari Laman Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.