Malaysia akan menggunakan Kit Ujian Pantas Antigen dari Korea

Malaysia akan menggunakan Kit Ujian Pantas Antigen dari Korea Selatan dalam usaha menyaring lebih banyak orang yang disyaki positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ujian terhadap ketepatan dalam mengesan koronavirus telah dijalankan. Ujian ini telah menunjukkan kadar ketepatan sebanyak 84.4%.

Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat tempahan Kit Ujian ini dan berharap dapat memperoleh kumpulan pertama Kit Ujian ini pada minggu hadapan.

Dalam sidang media berkaitan situasi Covid-19 pada jam 5.30 petang, 16 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan telah berkata sebanyak 110 kes baharu dilaporkan yang mana ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 kepada 5,182.

Ketua Pengarah Kesihatan turut melaporkan 1 kes kematian yang mana jumlah kematian dari wabak Covid-19 ini menjadi 84 orang.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Kit Ujian Pantas Antigen dari Korea ini, anda disaran mendapatkannya melalui laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).