Langkah Pencegahan Covid-19 di Tempat Kerja

Langkah pencegahan Covid-19 di tempat kerja adalah seperti berikut. Untuk makluman anda, panduan pencegahan ini dikongsi berdasarkan maklumat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sektor pekerjaan yang boleh beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu melakukan amalan pencegahan Covid-19 di tempat kerja seperti yang disarankan oleh KKM. Langkah pencegahan Covid-19 yang disarankan adalah:

  • Pejabat/tempat kerja perlu kerap melakukan disinfeksi/nyahkuman pada permukaan yang mudah dicemari kuman seperti ruang kerja/kaunter perkhidmatan/tombol pintu/papan kekunci komputer.
  • Sekiranya terdapat pekerja yang disahkan positif Covid-19, pejabat/tempat kerja tidak perlu ditutup. Kerap lakukan disinfeksi/nyahkuman.
  • Pekerja perlu membasuh tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
  • Jarakkan diri sejauh satu (1) meter sekiranya bergejala dan nampak orang yang bergejala.

Penjarakkan sosial yang disarankan ketika berada di tempat kerja adalah amat penting dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19. Amalan pencegahan Covid-19 lain adalah seperti berikut:

  • Polisi tidak bersalaman.
  • Promosi etika batuk dan bersin yang betul.
  • Sediakan hand sanitizer di pintu masuk pejabat/tempat kerja.
  • Sentiasa beri penringatan penggunaan hand sanitizer.
  • Tangguh mesyuarat dan acara berskala besar.
  • Pekerja yang sakit mesti berada di rumah.
  • Sentiasa disinfeksi permukaan yang kerap disentuh.
  • Tingkatkan aloran udara dengan membuka tingkap.
  • Bekerja dari rumah atau lakukan giliran bekerja secara berjadual.
  • Elakkan berkongsi makanan du tempat kerja.
  • Nilai risiko perjalanan pekerja yang berurusan di luar pejabat.
  • Tingkatkan saringan kesihatan dan kebersihan pengendalian makanan dan kontak mereka.
Sumber: KKM

Untuk maklumat lanjut berkaitan langkah pencegahan Covid-19 di tempat kerja, orang ramai disaran mendapatkannya menerusi portal rasmi KKM.