8 pakar perunding perubatan dari China datang Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan kehadiran 8 pakar perubatan China semalam, dalam usaha membantu Malaysia menangani penularan pandemik Covid-19.
Pakar perubatan dari China ini akan berada di Malaysia sehingga 2 Mei 2020 bagi berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam aspek klinikal, rawatan dan amalan baik dalam menanggani pandemik Covid-19 berdasarkan pengalaman mereka di China.
Menurut KKM, pakar perubatan dari China ini terdiri daripada pakar pelbagai bidang seperti pakar penyakit berjangkit respiratori, penjagaan insentif, mikrobiologi, virologi, jangkitan dalam hospital (nosokomial) dan perubatan tradisional Cina.
Diharapkan dengan kehadiran 8 pakar perunding perubatan dari China ke Malaysia ini dapat dijadikan peluang terbaik bagi Malaysia dalam mempertingkatkan lagi cara menangani penularan pandemik Covid-19 ini.