Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail

Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail boleh dibuat dengan mengikuti langkah mudah seperti yang disediakan di halaman ini.

Syarat-syarat Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah atas nama ahli sahaja.
  3. Ahli mestilah berumur 55 tahun kebawah.
  4. E-mail yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal

Panduan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail

Panduan pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail adalah seperti berikut:

  1. Lengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP. Borang ini hanya boleh dibuka melalui perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini dan hendaklah dilengkapkan dengan menaip serta disimpan dengan format yang ditetapkan.
  2. Sediakan semua dokumen sokongan mengikut format yang ditetapkan. Senarai dokumen sokongan boleh dirujuk di bawah.
  3. Hantar semua dokumen di (1) dan (2) melalui e-mail ke alamat berikut: iakaundaftar@epf.gov.my dengan menggunakan nama subjek e-mel: Pendaftaran i-Akaun Ahli <nama ahli>. Pastikan Borang dan semua dokumensokongan adalah tidak melebihi 2MB dengan hanya menggunakan format JPG/PNG/GIF dan PDF.

Senarai Dokumen Sokongan

Senarai dokumen sokongan semasa mengemukakan urusan pendaftaran adalah:

  1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP yang lengkap diisi dengan tulisan bertaip. Pastikan borang ini disimpan dengan format nama: iakaundaftar_Borang_<nama ahli>.
  2. Salinan MyKad ahli bahagian depan dan belakang. Pastikan salinan ini disimpan dengan format nama: iakaundaftar_MyKad_<nama ahli> dan ahli digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA” disalinan tersebut.
  3. Gambar swafoto ahli bersama MyKad. Pastikan gambar ini disimpan dengan format nama: iakaundaftar_Swafoto_<nama ahli> dan paparan maklumat ahli PERLU jelas.
  4. Bukti pemilikan nombor telefon ahli seperti Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon/Resit Bayaran Deposit. Pastikan bukti pemilikan ini disimpan dengan format nama: iakaundaftar_Telefon_<nama ahli> dan ahli digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA” dibukti pemilikan tersebut.
  5. Salinan Buku Bank/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang masih aktif milik ahli. Pastikan salinan disimpan dengan format nama: iakaundaftar_Bank_ <nama ahli> dan ahli digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA” dibukti pemilikan tersebut.

Status kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pihak KWSP dan ia akan dimaklumkan melalui e-mail. Ahli dinasihati agar sentiasa menyemak notifikasi e-mel dari pihak KWSP. Untuk makluman, saluran komunikasi KWSP adalah melalui e-mail iakaundaftar@epf.gov.my sahaja dan KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak lain untuk urusan ini. Bagi urusan pendaftaran ini, ahli hanya dibenarkan untuk membuat permohonan sebanyak sekali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya heruslah dibuat melalui Kios/Kaunter KWSP.