Cara nak jual kereta terpakai di myTukar

MyTukar adalah sebuah syarikat yang berpusat di Malaysia yang pakar dalam membeli dan menjual kereta terpakai. Di sini, saya sediakan panduan atau cara nak jual kereta terpakai di myTukar untuk rujukan semua.

Berikut adalah cara-cara untuk menjual kereta di myTukar:

  1. Layari pautan sesawang myTukar > Sell.
  2. Isikan maklumat yang diperlukan untuk menempah masa pemeriksaan kereta di kawasan berdekatan dengan rumah anda. Sebaik sahaja tempahan diterima, pasukan myTukar akan menghantar email pengesahan. Pastikan semasa pemeriksaan anda membawa dokumen pendaftaran kenderaan bersama kunci pendua (jika masih ada).
  3. Eksekutif myTukar akan menawarkan kepada anda berapa harga setelah pemeriksaan siap (anggaran 30-40minit). Anda boleh menerima atau menolak tawaran tersebut. Jika ada menolak, anda juga akan ditawarkan proses bida yang mana mungkin anda boleh menerima tawaran harga yang lebih tinggi.
  4. Sediakan dokumen kesahihan yang diperlukan seperti dokumen pendaftaran kenderaan, lesen memandu, dan lain-lain selepas menerima tawaran.
  5. Bertemu dengan pembeli/myTukar untuk menyelesaikan jualan dan kepemilikan kenderaan setelah mencapai perjanjian harga. Apabila anda menghantar kereta ke cawangan my Tukar untuk serahan, terdapat satu borang iaitu Bills of Sales yang perlu ditandatangan oleh pemilik kereta serta proses cop jari untuk pindah milik sementara. 
  6. Terima bayaran jualan bersama salinan tukar milik sementara dalam masa 24 jam. Jika anda masih ada perlindungan takaful, anda boleh membatalkan polisi takaful anda pada syarikat takaful.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau memerlukan bantuan tambahan, anda juga boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan MyTukar untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut. Pastikan untuk merujuk kepada terma dan syarat serta panduan yang disediakan oleh MyTukar semasa menjual kereta anda di platform mereka.