Status Terkini Covid-19 (5 Kluster Terbesar), 13 April

Status Terkini Covid-19 (5 Kluster Terbesar), 13 April 2020 setakat jam 12.00 tengahari adalah seperti berikut. Perkongsian ini adalah berdasarkan maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

A. Kluster Perhimpunan Di Sri Petaling

Setakat jam 12.00 tengahari pada 13 April 2020, Kluster Perhimpunan di Sri Petaling:

  • Jumlah Kes: 1,850

Kluster ini adalah Kluster terbesar setakat ini dan mempunyai beberapa generasi kluster jangkitan misalnya membabitkan ahli keluarga, kontak rapat di masjid dan madrasah tahfiz.

B. Kluster Persidangan Keagamaan di Gereja Kuching

Setakat jam 12.00 tengahari pada 13 April 2020, Kluster Persidangan Keagamaan di Gereja, Kuching, Sarawak:

  • Jumlah Kes: 117

C. Kluster Perkahwinan di Bandar Baru Bangi

Setakat jam 12.00 tengahari pada 13 April 2020, Kluster Perkahwinan di Bandar Baru Bangi:

  • Jumlah Kes: 96

D. Kluster Sejarah Perjalanan Individu ke Itali di Sarawak

Setakat jam 12.00 tengahari pada 13 April 2020, Kluster Sejarah Perjalanan Individu ke Itali di Sarawak:

  • Jumlah Kes: 50

E. Subkluster Sri Petaling di Daerah Rembau

Setakat jam 12.00 tengahari pada 13 April 2020, Subkluster Sri Petaling di Daerah Rembau:

  • Jumlah Kes: 53

Kes kluster ini telah disiasat dimana ianya berpunca di satu mesyuarat di sebuah sekolah apabila salah seorang ahli mesyuarat pernah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.

Sebarang maklumat berkaitan status terkini Covid-19 (5 Kluster Terbesar), 13 April 2020 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan untuk melayari portal rasmi KKM atau mendapatkannya menerusi Facebook KKM.