Statistik Kes Positif Covid-19 (Bukan Warganegara), 16 April 2020 setakat jam 12.00 tengahari adalah seperti berikut. Perkongsian ini adalah berdasarkan maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.
Seperti yang dimakluman petang tadi dalam sidang media Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Covid-19 di Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat sebanyak 601 kes positif Covid-19 dalam kalangan bukan warganegara Malaysia yang mana sebanyak 356 kes sedang dirawat, 242 kes telah pulih dan 3 kes kematian telah dilaporkan.
Kes positif Covid-19 yang dilaporkan ini adalah terdiri daripada kumpulan pelancong, pekerja asing, golongan pelarian dan pemohon suaka (asylum seeker). Antara negara utama daripada jumlah kes positif Covid-19 tersebut adalah:
- 108 kes terdiri daripada warganegara Indonesia.
- 104 kes terdiri daripada warganegara Filipina.
- 63 kes terdiri daripada warganegara Bangladesh.
- 60 kes terdiri daripada warganegara India.
- 51 kes terdiri daripada warganegara Pakistan.

Statistik Kes Positif Covid-19 (Bukan Warganegara), 16 April 2020 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan untuk melayari portal rasmi KKM atau mendapatkannya menerusi Facebook KKM.