Situasi Terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 23 April

Situasi Terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 23 April 2020 setakat jam 12.00 tengahari adalah seperti berikut. Perkongsian ini adalah berdasarkan maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

Untuk makluman semua, tiada pertambahan kes Covid-19 baharu di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Melaka, Kelantan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan. Jumlah pertambahan kes Covid-19 baharu di Negeri lain adalah seperti berikut:

  • Selangor: 12 Kes
  • Negeri Sembilan: 20 Kes
  • Johor: 3 Kes
  • Pahang: 1 Kes
  • Terengganu: 1 Kes
  • Sabah: 1 Kes
  • Sarawak: 4 Kes
  • Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur: 29 Kes

Jumlah kes Covid-19 mengikut Negeri adalah seperti berikut:

  • Perlis: 18 Kes
  • Kedah: 95 Kes
  • Pulau Pinang: 119 Kes
  • Perak: 252 Kes
  • Selangor: 1,369 Kes
  • Negeri Sembilan: 431 Kes
  • Melaka: 189 Kes
  • Johor: 651 Kes
  • Pahang: 286 Kes
  • Terengganu: 110 Kes
  • Kelantan: 155 Kes
  • Sabah: 309 Kes
  • Sarawak: 459 Kes
  • Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur: 1,066 Kes
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 78 Kes
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 16 Kes

Secara ringkasnya, Negeri Selangor masih mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi diikuti dengan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak. Manakala, Negeri Wilayah Persekutuan Labuan masih mencatatkan kes Covid-19 paling rendah setakat ini.

Sumber: KKM
Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 23 April 2020 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan untuk melayari portal rasmi KKM atau mendapatkannya menerusi Facebook KKM.