Situasi terkini Covid-19 dunia, 5 Jun 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ringkasan Situasi Terkini Covid-19 Dunia, 5 Jun 2020
Pada 5 Jun 2020, jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 dunia yang telah sembuh dan discaj adalah 2, 850, 862 kes bersamaan 43.25%.
Amerika Syarikat masih kekal dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 paling tinggi di dunia iaitu 1, 870, 156 kes.
Jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 kini sudah melebihi 6 juta kes.
Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM
Pihak KKM menyarankan agar orang ramai bertanggungjawab dengan:
- Mematuhi perintah kawalan pergerakan ( PKP).
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
- Mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.
Individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.
Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 Dunia adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).