Situasi terkini Covid-19, 3 Jun 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 3 Jun 2020
Pada 3 Jun 2020, sehingga jam 12.00 tengahari terdapat sebanyak 61 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 6,531 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.
Manakala, terdapat sebanyak 93 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,970 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 6 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 2 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan. Untuk makluman semua, daripada 93 kes baharu tersebut, 0 kes adalah kes import dan 93 kes adalah kes penularan tempatan. Dari 93 kes penularan tempatan tersebut, 91 kes adalah dikalangan bukan warganegara Malaysia.
Sukacita dimaklumkan, tiada pertambahan kes kematian Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 115 kes.
Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM
Pihak KKM menyarankan agar orang ramai bertanggungjawab dengan:
- Mematuhi perintah kawalan pergerakan ( PKP).
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
- Mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.
Individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.
Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.