Situasi Terkini Covid-19, 16 Jun 2020

Situasi terkini Covid-19, 16 Jun 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 16 Jun 2020

Pada 16 Jun 2020, sehingga jam 12.00 tengahari terdapat sebanyak 333 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 7,733 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 11 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,505 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 4 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 0 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan. Untuk makluman semua, daripada 11 kes baharu tersebut, 1 kes adalah kes import dan 10 kes adalah kes penularan tempatan. Daripada 10 kes tersebut, 6 kes adalah dikalangan bukan warganegara Malaysia.

Sumber: KKM

Sukacita dimaklumkan, tiada pertambahan kes kematian Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 121 kes.

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Pihak KKM menyarankan agar orang ramai bertanggungjawab dengan:

  1. Mematuhi perintah kawalan pergerakan ( PKP).
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: