Situasi Terkini Covid-19, 1 Mei 2020

Situasi terkini Covid-19, 1 Mei 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19, 1 Mei 2020

Pada 1 Mei 2020, sehingga jam 12.00 tengahari terdapat sebanyak 39 orang pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj dari hospital. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 4,210 orang. Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada anggota kesihatan KKM yang terlibat.

Sumber: KKM

Manakala, terdapat sebanyak 69 orang dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,071 kes. Dari jumlah tersebut, sebanyak 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 14 kes dari jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan. Untuk makluman semua, daripada 69 kes baharu tersebut, 12 kes adalah kes import dan 57 kes adalah kes tempatan.

Sumber: KKM

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan 1 kes kematian Covid-19 dilaporkan pada hari ini. Pelaporan terbaru ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 103 kes.

Sumber: KKM

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Pihak KKM menyarankan agar orang ramai bertanggungjawab dengan:

  1. Mematuhi perintah kawalan pergerakan ( PKP).
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bagi sebarang pertanyaan berkenaan penyakit Covid-19, orang ramai boleh menghubungi Talian Hotline COVID-19 ditalian +60388810200 / +60388810600 / +60388810700 atau menghantar e-mel kepada [email protected] atau menghantar pertanyaan/pemberitahuan melalui whatsapp ditalian +6010-9699435 / +6010-8608949.