Permohonan sijil / penyata keputusan MUET boleh dilakukan secara kiriman pos atau walk-in terus ke kaunter Majlis Pelajaran Malaysia (MPM). Untuk makluman, permohonan ini adalah untuk calon yang kehilangan slip keputusan MUET atau sijil MUET. Oleh yang demikian, halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan salinan sijil / penyata keputusan MUET bagi rujukan pemohon.
Permohonan Salinan Sijil MUET
Salinan sijil MUET adalah salinan kepada sijil asal MUET. Permohonan ini hanya boleh dipohon oleh calon yang menduduki MUET mulai sesi November 2013 sehingga sekarang. Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan salinan sijil MUET.
- Borang Permohonan Salinan Sijil MUET (MUET/S2) yang lengkap diisi.
- Wang tunai berjumlah RM40.00 jika datang sendiri ke MPM atau kiriman wang / wang pos / draf bank bernilai RM40.00 diatas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) jika memohon melalui pos.
- Satu salinan sijil MUET (jika ada).
- Satu salinan kad pengenalan calon yang telah disahkan.
- Satu salinan kad pengenalan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke MPM.
- Permohonan melalui pos perlu menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 32.4cm x 23cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20 untuk hantaran pos secara berdaftar.
Permohonan Penyata Keputusan MUET
Penyata keputusan MUET adalah penyata yang sah yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sesi ujian, angka giliran, keputusan MUET, dan tarikh luput. Permohonan ini boleh dipohon oleh mana-mana calon dari mana-mana sesi. Berikut adalah senarai dokumen yang perlu disertakan semasa membuat permohonan penyata keputusan MUET.
- Borang Permohonan Penyata Keputusan MUET (MUET/S3) yang lengkap diisi.
- Wang tunai berjumlah RM20.00 (permohonan kali pertama) / RM30.00 (permohonan kali kedua) / RM50.00 (permohonan kali ketiga) jika datang sendiri ke MPM atau kiriman wang / wang pos / draf bank bernilai seperti dinyatakan atas nama Ketua Eksekutif, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) jika memohon melalui pos.
- Satu salinan sijil MUET (jika ada).
- Satu salinan kad pengenalan calon yang telah disahkan.
- Satu salinan kad pengenalan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke MPM.
- Permohonan melalui pos perlu menyertakan sampul surat beralamat sendiri berukuran 23cm x 32.5cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20 untuk hantaran pos secara berdaftar.
Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi MPM. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama semua dokumen yang diperlukan melalui pos ke alamat yang dinyatakan dibawah atau secara walk-in ke kaunter Bahagian Pengendalian STPM dan MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 BATU CAVES
Selangor Darul Ehsan