Semakan Keputusan UPKK 2020

Semakan keputusan UPKK 2020 boleh mula disemak pada tarikh rasmi yang akan diumukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu sekitar bulan Disember. Para calon UPKK boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi. Calon juga boleh menyemak menggunakan cara atas talian/online atau khidmat sistem pesanan ringkas. Berikut, dikongsikan panduan menyemak keputusan UPKK 2020.

Semakan Keputusan UPKK 2020

Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) merupakan peperiksaan yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan dilaksanakan kepada murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA). Untuk menyemak keputusan peperiksaan UPKK 2020, calon boleh menggunakan mana-mana saluran semakan yang dikongsikan seperti berikut.

i. Melalui Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan

Calon Sekolah Kebangsan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) perlu hadir ke sekolah pada waktu yang ditetapkan dengan berpakaian yang sesuai. Calon juga diingatkan supaya membawa MyKid masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian penyerahan keputusan berjalan dengan lancar.

ii. Semak Secara Atas Talian/Online

Panduan menyemak keputusan secara atas talian/online adalah seperti berikut:

  1. Murid perlu melayari pautan http://semakan.islam.gov.my/.
  2. Masukkan nombor MyKid/kad pengenalan dan tekan butang Papar Keputusan.
  3. Cetak keputusan UPKK untuk rujukan murid.

Semakan keputusan menerusi laman web ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

iii. Menggunakan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas

Semakan keputusan juga boleh dibuat dengan menggunakan penghantaran mesej mengikut format berikut:

  1. Taip UPKK <nombor MyKid>
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: UPKK 920000000000 dan hantar sms ke 15888

atau

  1. Taip UPKK <nombor kad pengenalan khas>
  2. Hantar ke 15888
    Contoh: UPKK 92A000000A00 dan hantar sms ke 15888

Nota: Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi.

Semakan Keputusan UPKK 2020Sebarang maklumat penting tentang keputusan UPKK 2020 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di talian:- +603-8000 8000 (Waktu Pejabat).