Semakan Keputusan PT3 2020

Semakan keputusan PT3 2020 boleh disemak mulai pada tarikh rasmi yang akan diumumkan kelak oleh pihak sekolah. Untuk makluman calon, tarikh keputusan PT3 adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak pengurusan sekolah masing-masing. Para calon PT3 hanya boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka melalui sekolah masing-masing bermula jam 8.00 / 9.00 / 10.00 pagi. Oleh kerana tiada pengumuman keputusan PT3 secara berpusat, semakan keputusan dengan menggunakan cara atas talian/online, khidmat sistem pesanan ringkas atau melalui aplikasi telefon e-Lembaga Peperiksaan tidak disediakan.

Semakan Keputusan PT3 2020

i. Calon Sekolah

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh di sekolah di mana calon menduduki PT3 pada waktu yang ditetapkan. Calon dikehendaki membawa MyKad masing-masing bagi memastikan pengurusan dan pengendalian penyerahan keputusan berjalan dengan lancar.

ii. Calon Persendirian

Calon persendirian boleh mendapatkan keputusan PT3 mereka dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat calon membuat pendaftaran PT3 dahulu.

Senarai Pelaporan Tingkatan 3

Berikut adalah senarai pelaporan yang akan diterima oleh calon pada tarikh rasmi keputusan PT3 2019 diumumkan.

  1. Pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
  2. Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS)
  3. Pelaporan Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PSJSK)
  4. Pelaporan Psikometrik (PPsi)

Permohonan Semakan Semula PT3 2020

Calon yang ingin menyemak semula keputusan PT3 mereka boleh membuat permohonan semakan semula dalam masa 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan. Untuk makluman calon, borang Penyemakan Semula Keputusan PT3 boleh didapati di :

  1. Sekolah Calon Menduduki Peperiksaan
  2. Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
  3. Laman web Lembaga Peperiksaan
  4. Borang Semak Semula PT3 Online

Kadar bayaran yang diterima untuk menyemak semula keputusan PT3 ini adalah sebanyak RM50.00 bagi satu matapelajaran. Permohonan bagi calon sekolah akan diuruskan oleh pihak sekolah dan permohonan calon persendirian akan diuruskan oleh pihak JPN. Keputusan semak semula PT3 ini akan dimakluman melalui surat rasmi dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan ditutup.

Semak Semula Keputusan PT3

Sebarang maklumat penting tentang keputusan PT3 adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, calon disarankan mendapatkan maklumat di sekolah dimana calon menduduki peperiksaan atau di Bahagian Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian:- +603-8000 8000 (Waktu Pejabat).