Permohonan Rayuan BSH 2019

Permohonan rayuan BSH 2019 boleh dibuat mulai pada 1 Julai 2019 sehingga 15 Ogos 2019 tertakluk kepada pindaan. Permohonan rayuan ini boleh dibuat secara terus di cawangan LHDNM atau secara online/atas talian. Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting permohonan rayuan BSH 2019 bagi rujukan anda.

Syarat Kelayakan Permohonan Rayuan BSH 2019

Permohonan rayuan secara terus di cawangan LHDNM ini adalah layak kepada pemohon yang tidak lulus dengan alasan kod seperti di lampiran ini. Manakala, bagi permohonan rayuan secara online/atas talian hanya dibenarkan untuk pemohon berstatus tidak lulus dengan hanya satu (1) kod alasan tidak lulus seperti di bawah atau rayuan tambahan bagi permohonan BSH 2019 yang berstatus lulus.

  1. Kod tidak lulus (05) –  Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000.
  2. Kod tidak lulus (06) – Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000 termasuk Perniagaan.
  3. Kod tidak lulus (08) –  Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad.
  4. Kod tidak lulus (09) –  Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad.
  5. Kod tidak lulus (38) –  Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi.

Maklumat lanjut permohonan rayuan secara online boleh didapati di sini.

Panduan Permohonan Rayuan BSH 2019

Berikut dikongsikan panduan permohonan rayuan secara atas talian/online dan secara terus di cawangan LHDNM untuk rujukan anda.

a. Secara Atas Talian/Online

Permohonan rayuan secara atas talian/online boleh dibuat dengan mengikuti langkah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi BSH LHDNM atau melalui pautan ini https://bsh.hasil.gov.my. Kemudian klik pada menu Rayuan.BANTUAN SARA HIDUP
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan tekan butang Cari.BANTUAN-SARA-HIDUP-Rayuan 2
  3. Lengkapkan maklumat berkaitan yang diperlukan.
  4. Isi captcha dan tekan butang Sahkan Captcha. Kemudian klik butang Seterusnya.BSH 2019 4
  5. Semak maklumat yang telah diisi dan tandakan pada kotak pengesahan.BSH 2019 3
  6. Tekan butang Hantar setelah selesai membuat pengemaskinian data.

b. Secara Terus di Cawangan LHDNM

Berikut dikongsikan langkah-langkah membuat permohonan rayuan secara terus di cawangan LHDNM.

  1. Lengkapkan Borang Permohonan Rayuan yang boleh didapati menerusi cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.
  2. Sediakan beberapa dokumen sokongan yang diperlukan.
  3. Hantar Borang Permohonan Rayuan yang telah lengkap diisi dan dokumen sokongan yang diperlukan di kaunter-kaunter LHDNM.

Status permohonan rayuan BSH ini boleh disemak dengan merujuk panduan pada halaman Semakan Kelulusan BSH 2019.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda disarankan membuat pertanyaan atau aduan melalui portal rasmi BSH LHDNM atau menggunakan aplikasi Bantuan Sara Hidup atau dengan menghubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM.