Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP)

Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) boleh dibuat mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020 secara dalam talian melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan GKP secara manual tidak akan diterima. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan GKP bagi rujukan anda.

Syarat Kelayakan Permohonan GKP

Untuk makluman semua, GKP adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi tujuan meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas disebabkan wabak Covid-19. Syarat kelayakan permohonan GKP adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
  2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    a. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
    RM300,000.
    b. Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk
    pemilik.
  3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.
  4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
  5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Panduan Permohonan GKP

  1. Layari Portal GKP melalui pautan https://gkp.hasil.gov.my.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon.
  3. Tekan butang Permohonan Baharu.
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang Seterusnya.
  5. Isi captcha dan tandakan pengakuan dan tekan butang Hantar.
  6. Pemohon disarankan untuk mendaftar akaun baru bagi tujuan semakan/kemaskini permohonan GKP.

Keputusan Permohonan GKP

Pemohon boleh mula menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020 melalui portal GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my. Pembayaran GKP dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020 dengan cara pengkreditan pembayaran ke akaun bank pemohon yang layak. Harus diingatkan akaun bank pemohon mestilah aktif.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP), sila hubungi pihak LHDNM ditalian 03-8911 1000 / 03-8911 1100 (luar negara) yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 4.30 petang (Ahad – Jumaat) mulai 1 Mei 2020.