Kemaskini / Tukar Nombor Telefon BSN

Kemaskini / Tukar Nombor Telefon BSN kini hanya boleh dilakukan secara terus di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran dan tidak lagi boleh menggunakan mesin melalui Automated Teller Machine (ATM) BSN. Halaman ini menyediakan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon BSN untuk rujukan semua.

Cara Kemaskini / Tukar Nombor Telefon BSN

Sekiranya anda telah menukar nombor telefon bimbit yang baharu, sila kunjungi mana-mana cawangan BSN untuk membuat pengemaskinian. Sebelum pergi ke cawangan BSN berhampiran, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri yang asal, buku simpanan BSN anda, dan kad ATM BSN. Kemudian, ikut langkah mudah berikut:

  1. Pergi ke cawangan BSN berhampiran.
  2. Ambil nombor giliran.
  3. Setelah giliran anda dipanggil, beritahu pengawai BSN bahawa anda ingin mengemaskini / menukar nombor telefon BSN.
  4. Selesai.

Untuk makluman anda semua, panduan mengemaskini nombor telefon BSN adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Pengemaskinian Nombor Telefon BSN, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan BSN yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u dan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Bank Islam IB untuk rujukan semua.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: