Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks kini boleh dilakukan dengan menggunakan mesin ATM CIMB atau menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB. Halaman ini menyediakan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon TAC CIMB Clicks untuk rujukan semua.
Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC CIMB Clicks di ATM
Pergi ke mesin ATM CIMB terdekat.
Masukkan kad ATM CIMB anda bersama nombor PIN.
Pilih menu LAIN-LAIN (OTHERS).
Pilih CIMB Clicks.
Masukkan nombor telefon baru anda. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah. Kemudian, tekan butang TERUSKAN (PROCEED).
Selesai.
Dapatkan resit / slip menyatakan pendaftaran TAC anda berjaya.
Masukkan ID pengguna bersama kata laluan (password) untuk log masuk (login).
Pilih menu Setting.
Tekan butang pensil (Edit) pada bahagian Nombor Telefon (Phone Number).
Masukkan nombor telefon baru anda dan tekan butang simpan (Save).
Tekan Minta TAC (Request TAC) untuk mendapatkan kod pengesahan untuk proses penukaran nombor telefon anda.
Masukkan kod pengesahan yang diterima pada nombor telefon baru anda dan tekan butang sahkan (Confirm).
Selesai.
Panduan Mengemaskini Nombor Telefon TAC CIMB Clicks
Hubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB
Sebelum menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri, buku simpanan CIMB anda, dan kad ATM CIMB. Kemudian, hubungi Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB di talian +603 6204 7788. Langkah menghubungi adalah seperti berikut:
Pilih Bahasa.
Pilih 0 untuk bercakap dengan pegawai Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB.
Tekan 1 : Perbankan.
Tekan 1 : Individu.
Tekan 1 : Masukkan nombor kad pengenalan.
Tekan 0
Tekan 3 : CIMB Clicks.
Pegawai Pusat Panggilan Pelanggan & Perniagaan CIMB akan membantu mengemaskini nombor telefon CIMB Clicks anda.
Selesai.
Untuk makluman anda semua, panduan mengemaskini nombor telefon TAC CIMB Clicks adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Penukaran Nombor Telefon TAC CIMB Clicks, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan CIMB yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi CIMB Clicks. Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u untuk rujukan semua.
Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u boleh dibuat melalui ATM atau kaunter Maybank. Berikut dikongsikan panduan mengemaskini atau menukar nombor telefon TAC Maybank untuk rujukan anda semua.
Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Maybank2u di ATM Maybank
Pergi ke mesin ATM Maybank terdekat.
Masukkan kad ATM Maybank anda bersama nombor PIN.
Pilih menu MAYBANK2U/PHONE BANKING/ATM SMS ALERTS.
Masukkan nombor telefon baru anda. Semak nombor telefon baru, pastikan tiada nombor yang tercicir atau salah. Kemudian, tekan YA.
Selesai.
Kemaskini di Kaunter Maybank
Sebelum pergi ke cawangan Maybank berhampiran, anda perlu menyediakan dokumen seperti nombor telefon baru, kad pengenalan diri yang asal, buku simpanan Maybank anda, dan kad ATM Maybank. Kemudian, ikut langkah mudah berikut:
Pergi ke cawangan Maybank berhampiran.
Ambil nombor giliran.
Setelah giliran anda dipanggil, beritahu pengawai maybank bahawa anda ingin mengemaskini / menukar nombor telefon TAC Maybank.
Selesai.
Untuk makluman anda semua, pertukaran nombor telefon TAC Maybank TIDAK boleh dilakukan secara online atau menerusi Maybank2u. Panduan mengemaskini nombor telefon TAC Maybank2u adalah sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut berkaitan Penukaran Nombor Telefon TAC Maybank, anda semua disarankan untuk pergi terus ke cawangan Maybank yang berhampiran atau mendapatkan maklumat melalui portal rasmi Maybank2u. Untuk panduan seterusnya, kami telah menyediakan panduan Kemaskini / Tukar Nombor Telefon TAC Cimb Clicks untuk rujukan semua.
Kaedah pengiraan bil elektrik TNB semasa pkp bagi pengguna domestik adalah dengan menggunakan prorata yang ditetapkan. Berikut dikongsikan kaedah pengiraan bil elektrik TNB semasa pkp bagi rujukan pengguna.
Blok dan Kadar Tarif Elektrik
Kaedah pengiraan adalah berdasarkan prorata blok dengan faktor = 3.00000 bagi setiap blok. Berikut adalah prorata blok dan kadar tarif bagi rujukan pengiraan bil elektrik TNB.
Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Langkah Pengiraan Kadar Penggunaan Elektrik TNB
Langkah pengiraan jumlah kadar penggunaan elektrik TNB bagi pengguna domestik semasa PKP adalah seperti berikut:
Blok Tarif Peringkat Pertama
600 unit (kWj) pertama dikira dengan kadar RM0.218/seunit. Jumlah keseluruhan 600 unit (kWj) dalam blok ini jikadigunakan sepenuhnya adalah sebanyak RM 130.80. Sekiranya anda menggunakan lebih daripada 600 unit (kWj), unit berikutnya akan dibawa ke peringkat seterusnya.
Blok Tarif Peringkat Kedua
Penggunaan elektrik yang melebihi dari 600 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini, namun terhad kepada 300 unit (kWj) sahaja. Di mana kadar tarif peringkat ini adalah RM 0.334/seunit. Sekiranya penggunaan elektrik digunakan sepenuhnya dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 100.20. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan elektrik sebanyak 300 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 = RM 231.00
Blok Tarif Peringkat Ketiga
Penggunaan elektrik yang melebihi dari 900 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ketiga, namun terhad kepada 900 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.516/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 464.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 1800 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 = RM 695.40.
Blok Tarif Peringkat Keempat
Penggunaan elektrik melebihi dari 1,800 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat keempat, namun terhad kepada 900 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.546/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 491.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 900 unit (kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 + RM 491.40 = RM 1,186.80.
Blok Tarif Peringkat Kelima
Penggunaan elektrik melebihi dari 2,700 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini di mana semuanya akan dikadarkan pada RM 0.571/seunit. Tiada had unit dalam peringkat ini. Untuk melihat cara jumlah keseluruhan bil, sila rujuk contoh bil dibawah.
Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.
Penggunaan elektrik sebanyak 1,800 unit (kWj) pertama dikira dengan mengikuti langkah seperti di atas dan penggunaan elektrik selepas 1,800 unit (kWj) dikira dalam peringkat keempat. Jumlah kadar 400 unit (kWh) terakhir ini adalah RM 218.40. Jadi, keseluruhan bil bagi penggunaan 2,200 unit(kWj) adalah: RM 130.80 + RM 100.20 + RM 464.40 + RM 218.40 = RM 913.80
Langkah Pengiraan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST)
Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) akan dikira untuk bil-bil domestik dengan jumlah penggunaan melebihi 1,800 unit (kWj) semasa PKP. Berikut dikongsikan cara pengiraan cukai jualan & perkhidmatan (SST) untuk penggunaan elektrik melebihi 1,800 (kWj).
Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.
Pengiraan cukai SST adalah dengan menggunakan kadar penggunaan selepas 1,800 unit (kWj) pertama. Jumlah cukai SST adalah: 6% x (RM 218.40 – 2% Dis Rangsangan Ekonomi – Jumlah Anggaran Terdahulu) = RM13.10
Langkah Pengiraan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)
Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) adalah dana yang akan digunakan untuk menggalakan pembangunan penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Kutipan dana ini dilaksanakan melalui surcaj 1.6% bermula pada 1 Januari 2014, yang dikenakan terhadap penggunaan tenaga elektrik oleh semua pengguna TNB kecuali pengguna Domestik dengan penggunaan sebulan 300kWj dan ke bawah. Surcaj ini akan dinamakan ‘Dana Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu’ dan akan dipaparkan dalam bil pengguna mulai 1 Disember 2011.
Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.
Jumlah KWTBB adalah: 1.6% x (Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik, RM 913.80 – 2% Dis Rangsangan Ekonomi) = RM14.62
Jumlah Pembayaran Bil Elektrik TNB
Jumlah pembayaran bil elektrik TNB semasa PKP bagi pengguna domestik adalah: Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik – Jumlah Anggaran Terdahulu + Jumlah Cukai SST + Jumlah KWTBB.
Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 2,200 unit.
Jumlah Pembayaran Bil Elektrik = RM 913.80 + (Jumlah Anggaran Terdahulu tertakluk kepada bil pengguna) + RM13.10 + RM14.62 = RM941.52
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pengiraan penggunaan bil elektrik TNB, pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat dengan melayari laman sesawang TNB di www.tnb.com.my/prihatin atau e-mel [email protected] atau menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga berhampiran.
Kaedah pengiraan bil elektrik TNB bagi pengguna domestik adalah dengan menggunakan blok dan kadar tarif yang ditetapkan. Berikut dikongsikan kaedah pengiraan bil elektrik TNB bagi rujukan pengguna.
Blok dan Kadar Tarif Elektrik
Pengiraan kadar tarif adalah berdasarkan 5 peringkat blok tarif. Berikut adalah blok tarif dan kadarnya bagi rujukan pengiraan bil elektrik TNB.
Sumber: Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Langkah Pengiraan Kadar Penggunaan Elektrik TNB
Langkah pengiraan jumlah kadar penggunaan elektrik TNB bagi pengguna domestik adalah seperti berikut:
Blok Tarif Peringkat Pertama
200 unit (kWj) pertama dikira dengan kadar RM0.218/seunit. Jumlah keseluruhan 200 unit (kWj) dalam blok ini jikadigunakan sepenuhnya adalah sebanyak RM 43.60. Sekiranya anda menggunakan lebih daripada 200 unit (kWj), unit berikutnya akan dibawa ke peringkat seterusnya.
Blok Tarif Peringkat Kedua
Penggunaan elektrik yang melebihi dari 200 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini, namun terhad kepada 100 unit (kWj) sahaja. Di mana kadar tarif peringkat ini adalah RM 0.334/seunit. Sekiranya penggunaan elektrik digunakan sepenuhnya dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 33.40. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan elektrik sebanyak 300 unit (kWj) adalah: RM 43.60 + RM 33.40 = RM 77.00
Blok Tarif Peringkat Ketiga
Penggunaan elektrik yang melebihi dari 300 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ketiga, namun terhad kepada 300 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.516/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 154.80. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 600 unit (kWj) adalah: RM 43.60 + RM 33.40 + RM 154.80 = RM 231.80
Blok Tarif Peringkat Keempat
Penggunaan elektrik melebihi dari 600 unit(kWj) akan ditarifkan dalam peringkat keempat, namun terhad kepada 300 unit (kWj) sahaja. Kadar tarif pada blok ini adalah RM 0.546/seunit. Sekiranya penggunaan elektik digunakan sepenuh dalam peringkat ini, jumlah kadarnya adalah sebanyak RM 163.80. Keseluruhan bil sekiranya penggunaan 900 unit (kWh) adalah: RM 43.60 + RM 33.40 + RM 154.80 + RM 163.80 = RM 395.60
Blok Tarif Peringkat Kelima
Penggunaan elektrik melebihi dari 900 unit (kWj) akan ditarifkan dalam peringkat ini di mana semuanya akan dikadarkan pada RM 0.571/seunit. Tidak had unit dalam peringkat ini. Untuk melihat cara jumlah keseluruhan bil bagi penggunaan melebihi 900 unit, sila rujuk contoh bil dibawah.
Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 1400 unit.
Penggunaan elektrik sebanyak 900 unit (kWj) pertama dikira dengan mengikuti langkah seperti di atas dan penggunaan elektrik selepas 900 unit (kWj) dikira dalam peringkat terakhir. Jumlah kadar 500 unit (kWj) terakhir ini adalah RM 285.50. Jadi, keseluruhan bil bagi penggunaan 1400 unit(kWj) adalah: RM 43.60 + RM 33.40 + RM 154.80 + RM163.80 + RM 285.50 = RM 681.10
Langkah Pengiraan Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST)
Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) akan dikira untuk bil-bil domestik dengan jumlah penggunaan melebihi 600 unit (kWj), iaitu lebih daripada RM 231.80 bermula pada 1 September 2018. Sekiranya jumlah penggunaan elektrik anda tidak melebihi 600 unit (kWj), anda tidak dikenakan cukai SST jika tempoh pembilan anda adalah 28 hari dan ke atas. Walau bagaimanapun, jika tempoh pengambilan adalah kurang dari 28 hari, cukai SST akan dikenakan terhadap keseluruhan unit penggunaan anda.
Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 1400 unit.
Pengiraan cukai SST adalah dengan menggunakan kadar penggunaan selepas 600 unit (kWj) pertama. Jumlah cukai SST adalah: 6% x ( RM163.80 + RM285.50) = RM26.96
Langkah Pengiraan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB)
Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) adalah dana yang akan digunakan untuk menggalakan pembangunan penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy). Kutipan dana ini dilaksanakan melalui surcaj 1.6% bermula pada 1 Januari 2014, yang dikenakan terhadap penggunaan tenaga elektrik oleh semua pengguna TNB kecuali pengguna Domestik dengan penggunaan sebulan 300kWh dan ke bawah. Surcaj ini akan dinamakan ‘Dana Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu’ dan akan dipaparkan dalam bil pengguna mulai 1 Disember 2011.
Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 1400 unit.
Jumlah KWTBB adalah: 1.6% x Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik, RM 681.10 = RM10.90
Jumlah Pembayaran Bil Elektrik TNB
Jumlah pembayaran bil elektrik TNB bagi pengguna domestik adalah: Jumlah Kadar Penggunaan Elektrik + Jumlah Cukai SST + Jumlah KWTBB.
Contoh: Penggunaan elektrik adalah sebanyak 1400 unit.
Jumlah Pembayaran Bil Elektrik = RM681.10 + RM26.96 + RM10.90 = RM718.96
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pengiraan penggunaan bil elektrik TNB, pengguna disaran untuk mendapatkan maklumat dengan melayari laman sesawang TNB di www.tnb.com.my/prihatin atau e-mel [email protected] atau menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga berhampiran.
Semakan Bil Air Melaka kini boleh dibuat secara online atau atas talian tanpa mengira waktu dan di mana sahaja anda berada. Oleh yang demikian, halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting semakan bil air Melaka secara atas talian bagi rujukan pengguna.
Panduan Semakan Bil Air Melaka Secara Online / Atas Talian
Pembayaran bil air Melaka secara atas talian boleh dibuat dengan mengikuti langkah mudah seperti berikut:
Untuk pertanyaan lanjut berkaitan semakan bil air Melaka, anda disarankan untuk melayari portal rasmi SAMB melalui pautan https://samb.com.my/ atau menghubungi SAMB ditalian 013-7515800 atau melalui email dialamat [email protected].
Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) boleh dibuat mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020 secara dalam talian melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan GKP secara manual tidak akan diterima. Halaman ini menyediakan maklumat dan panduan penting permohonan GKP bagi rujukan anda.
Syarat Kelayakan Permohonan GKP
Untuk makluman semua, GKP adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi tujuan meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas disebabkan wabak Covid-19. Syarat kelayakan permohonan GKP adalah seperti berikut:
Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.
Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut: a. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000. b. Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik.
Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.
Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Isi maklumat yang diperlukan dan tekan butang Seterusnya.
Isi captcha dan tandakan pengakuan dan tekan butang Hantar.
Pemohon disarankan untuk mendaftar akaun baru bagi tujuan semakan/kemaskini permohonan GKP.
Keputusan Permohonan GKP
Pemohon boleh mula menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020 melalui portal GKP di pautan https://gkp.hasil.gov.my. Pembayaran GKP dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020 dengan cara pengkreditan pembayaran ke akaun bank pemohon yang layak. Harus diingatkan akaun bank pemohon mestilah aktif.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan Permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP), sila hubungi pihak LHDNM ditalian 03-8911 1000 / 03-8911 1100 (luar negara) yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 4.30 petang (Ahad – Jumaat) mulai 1 Mei 2020.
Pendaftaran Aplikasi MySejahtera boleh dibuat dengan mengikuti panduan yang dikongsikan pada halaman ini. Untuk makluman, aplikasi MySejahtera ini merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia yang mana ia diwujudkan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Fungsi Aplikasi MySejahtera
Berikut adalah tujuan pembangunan Aplikasi MySejahtera:
Menilai tahap kesihatan terhadap risiko Covid-19 untuk anda sekeluarga.
Mendapat panduan kesihatan terkini membabitkan Covid-19.
Mendapatkan panduan tindakanyang perlu diambil berdasarkan kategori risiko Covid-19.
Mendapatkan maklumat lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Menerima maklumat terkini dan panduan dari sumber yang sahih.
Sumber: KKM
Panduan Pendaftaran Aplikasi MySejahtera
Langkah-langkah pendaftaran adalah seperti berikut:
2. Buat pendaftaran dengan masukkan nombor telefon bimbit atau alamat e-mail anda dan tekan butang Daftar.
3. Masukkan One Time Pin (OTP) yang diterimamelalui SMS daripada 63839 jika anda mendaftar dengan menggunakan nombor telefon dan melalui e-mail jika mendaftar dengan menggunakan e-mail. Kemudian tekan butang Hantar.
4. Masukkan butiran peribadi anda yang diperlukan dan tekan butang Seterusnya. Pilih dan sahkan kata laluan akaun MySejahtera anda. Kata laluan untuk aplikasi ini mestilah mengandungi minimum 6 aksara dan maksimum 25 aksara.
5. Notifikasi ‘Pendaftaran Berjaya’ akan dipaparkan.
6. Layari aplikasi MySejahtera melalui Play Store untuk pengguna Android dan App Store bagi pengguna iPhone ataupun melalui Huawei AppGallery bagi pengguna Huawei. Kemudian, tekan butang Muat Turun/Install.
7. Log Masuk/Sign In dengan menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang didaftarkan. Pastikan anda memasukkan nombor telefon dalam format berikut. Contoh: 60170001122.
8. Selesai mendaftar, pengguna boleh membuat Penilaian Kesihatan Covid-19 di mana Keputusan Penilaian Kesihatan tersebut akan dipaparkan.
Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kini diawalkan dan akan mula diagihkan secara berperingkat bermula pada 6 April 2020 sehingga 15 April 2020 mengikut kategori penerima BPN. Maklumat ini dikongsi berdasarkan pada pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran BPN akan dibuat secara tunai selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
Berikut dikongsikan Tarikh Rasmi Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa 1 bagi rujukan penerima BPN.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia
Pembayaran untuk kategori B40 akan bermula pada 6 April 2020 sehingga 12 April 2020 yang mana penerima kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM1000. Manakala bagi penerima kategori M40, mereka akan menerima BPN bermula pada 13 April 2020 sehingga 15 April 2020 sebanyak RM500.
Bagi penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan yang mempunyai akaun bank, mereka akan menerima pembayaran BPN dalam tarikh pembayaran yang sama seperti di Semenanjung Malaysia. Manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun bank, BPN akan dibayar sekaligus bersama bayaran BSH 2020 fasa ketiga.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, anda disarankan untuk menghubungi pihak Kementerian Kewangan atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut: Kementerian Kewangan ditalian 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566, manakala LHDNM ditalian 1-800 882 747 / 03-8911 1000 yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 5 petang (Ahad – Jumaat) mulai 29 Mac 2020. Selain itu, anda juga boleh membuat pertanyaan melalui e-mel ke alamat [email protected] atau [email protected] atau menerusi telegram: PRE PRIHATIN atau dengan menggunakan Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia.
Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail boleh dibuat dengan mengikuti langkah mudah seperti yang disediakan di halaman ini.
Syarat-syarat Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail
Warganegara Malaysia.
Nombor telefon bimbit yang didaftarkan adalah atas nama ahli sahaja.
Ahli mestilah berumur 55 tahun kebawah.
E-mail yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal
Panduan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail
Panduan pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP melalui e-mail adalah seperti berikut:
Lengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli) KWSP. Borang ini hanya boleh dibuka melalui perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini dan hendaklah dilengkapkan dengan menaip serta disimpan dengan format yang ditetapkan.
Sediakan semua dokumen sokongan mengikut format yang ditetapkan. Senarai dokumen sokongan boleh dirujuk di bawah.
Hantar semua dokumen di (1) dan (2) melalui e-mail ke alamat berikut: [email protected] dengan menggunakan nama subjek e-mel: Pendaftaran i-Akaun Ahli <nama ahli>. Pastikan Borang dan semua dokumensokongan adalah tidak melebihi 2MB dengan hanya menggunakan format JPG/PNG/GIF dan PDF.
Senarai Dokumen Sokongan
Senarai dokumen sokongan semasa mengemukakan urusan pendaftaran adalah:
Salinan MyKad ahli bahagian depan dan belakang. Pastikan salinan ini disimpan dengan format nama: iakaundaftar_MyKad_<nama ahli> dan ahli digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA” disalinan tersebut.
Gambar swafoto ahli bersama MyKad. Pastikan gambar ini disimpan dengan format nama: iakaundaftar_Swafoto_<nama ahli> dan paparan maklumat ahli PERLU jelas.
Bukti pemilikan nombor telefon ahli seperti Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon/Resit Bayaran Deposit. Pastikan bukti pemilikan ini disimpan dengan format nama: iakaundaftar_Telefon_<nama ahli> dan ahli digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA” dibukti pemilikan tersebut.
Salinan Buku Bank/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang masih aktif milik ahli. Pastikan salinan disimpan dengan format nama: iakaundaftar_Bank_ <nama ahli> dan ahli digalakkan untuk membuat garisan palang “UNTUK KEGUNAAN KWSP SAHAJA” dibukti pemilikan tersebut.
Status kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pihak KWSP dan ia akan dimaklumkan melalui e-mail. Ahli dinasihati agar sentiasa menyemak notifikasi e-mel dari pihak KWSP. Untuk makluman, saluran komunikasi KWSP adalah melalui e-mail [email protected] sahaja dan KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak lain untuk urusan ini. Bagi urusan pendaftaran ini, ahli hanya dibenarkan untuk membuat permohonan sebanyak sekali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya heruslah dibuat melalui Kios/Kaunter KWSP.
Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dibuat mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021). Halaman ini menyediakan panduan dan maklumat penting permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP bagi rujukan ahli.
Syarat Kelayakan Permohonan Pengeluaran
Berikut dikongsikan syarat kelayakan ahli untuk memohon pengeluaran i-Lestari KWSP:
Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia
Berumur di bawah 55 tahun
Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP
Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP
Konsep Am Pengeluaran i-Lestari KWSP boleh dirujuk di bawah.
Pengeluaran i-Lestari KWSP adalah daripada Akaun 2 sahaja
Pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP akan dibuat secara bulanan dan berulang untuk bulan-bulan berikutnya bepandukan kelayakan bilangan bulan pengeluaran.
Kelayakan bilangan bulan pengeluaran i-Lestari KWSP adalah dikira bermula daripada tarikh penerimaan kelulusan permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.
Maklumat Pengeluaran i-Lestari KWSP
Amaun pengeluaran i-Lestari KWSP telah ditetapkan sebanyak minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan bergantung kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 ahli. Sekiranya, jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan tersebut adalah berpandukan jumlah simpanan Akaun 2.
Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020. Manakala, bagi permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran adalah bermula daripada tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.
Panduan Permohononan Pengeluaran i-Lestari KWSP
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Pengeluaran dan menghantarnya kepada KWSP mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut :
Secara dalam talian/online melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) KWSP. Panduan permohonan i-Lestari KWSP melalaui i-Akaun boleh dirujuk di sini. Nota: Ahli perlu mendaftar akaun terlebih dahulu di Sistem i-Akaun (Ahli) KWSP sebelum membuat permohonan. Panduan pendaftaran di sini.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.
Untuk makluman, ahli digalakan untuk menghantar permohonan secara dalam talian (e-Pengeluaran) untuk mempercepatkanproses kelulusan. Selain itu, permohonan pengeluaran oleh ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui kaedah 2 dan 3 sahaja. Pengeluaran i-Lestari tidak boleh dibuat melalui aplikasi mobil i-Akaun.
Sumber: KWSP
Sebarang maklumat penting tentang Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP adalah tertakluk kepada pindaan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan menghantar e-mail ke alamat: [email protected].