Ubat Ini Digunakan Untuk Merawat Pesakit Covid – 19

Ubat ‘Chloroquine’, yang digunakan untuk penyakit malaria telah digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 sejak gelombang pertama wabak itu di Malaysia dan telah menunjukkan keberkesanannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ciri-ciri ubat itu yang bersifat antiradang sesuai untuk merawat penyakit COVID-19 yang telah menyebabkan radang pada saluran pernafasan bawah pesakit.

Sumber: Berita Harian

“Apabila virus COVID-19 melekat di saluran pernafasan bawah ia akan menyebabkan radang dan replikasi virus tersebut dan ubat ini membantu merawat radang itu,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata selain ‘Chloroquine’, Hydroxychloroquine serta kombinasi ‘Lopinavir dan Ritonavir’ telah digunakan Kementerian Kesihatan (KKM) sejak gelombang pertama wabak itu.

Jelas beliau, ubat-ubat yang digunakan bagi merawat pesakit COVID-19 pada gelombang pertama itu telah menunjukkan keberkesanan tetapi penyelidikan terperinci perlu dilakukan.

Beliau menjelaskan bagaimanapun, kadar kematian wabak itu kian meningkat dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pesakit- pesakit yang berusia, mempunyai penyakit comorbid seperti buah pinggang dan darah tinggi serta pesakit mendapatkan yang lewat untuk mendapatkan rawatan iaitu ketika mengalami masalah jangkitan pernafasan.

“Kita telah mencuba ubat tersebut dan ubat ini ada kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang dinamakan Solidarity Trial yang turut melibatkan banyak negara lain,” katanya.

Katanya, selain ubat-ubat berkenaan kajian akan tertumpu kepada ubat terbaharu, Remdesevir seperti yang diumumkan semalam.

“Ini hanya bagi penyelidikan dan ubat yang telah kita gunakan di luar label seperti ‘Lopinavir dan Ritonavir’ telah kita gunakan sejak gelombang pertama,” katanya.

Sebarang maklumat berkaitan ubat berkaitan rawatan pesakit Covid-19 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.