Situasi Terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 7 Jun

Situasi Terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 7 Jun 2020 setakat jam 12.00 tengahari adalah seperti berikut. Perkongsian ini adalah berdasarkan maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.

Untuk makluman semua, hanya negeri Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja yang dilaporkan ada pertambahan kes Covid-19 baharu. Jumlah pertambahan kes Covid-19 baharu adalah seperti berikut:

  • Selangor: 12 Kes
  • Negeri Sembilan: 1 Kes
  • Sabah: 2 Kes
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 4 Kes

Jumlah kes Covid-19 mengikut Negeri adalah seperti berikut:

  • Perlis: 18 Kes
  • Kedah: 96 Kes
  • Pulau Pinang: 121 Kes
  • Perak: 256 Kes
  • Selangor: 1,965 Kes
  • Negeri Sembilan: 911 Kes
  • Melaka: 234 Kes
  • Johor: 676 Kes
  • Pahang: 363 Kes
  • Terengganu: 111 Kes
  • Kelantan: 156 Kes
  • Sabah: 353 Kes
  • Sarawak: 555 Kes
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 2,393 Kes
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 97 Kes
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 17 Kes

Secara ringkasnya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mencatatkan kes Covid-19 paling tinggi diikuti dengan negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Manakala, Negeri Wilayah Persekutuan Labuan masih mencatatkan kes Covid-19 paling rendah setakat ini.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 (Mengikut Negeri), 7 Jun 2020 adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda disarankan untuk melayari portal rasmi KKM atau mendapatkannya menerusi Facebook KKM.