Situasi Terkini Covid-19 Dunia, 13 Mei 2020

Situasi terkini Covid-19 dunia, 13 Mei 2020 di Malaysia adalah seperti berikut. Halaman ini disediakan dengan berpandukan maklumat/sumber dari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ringkasan Situasi Terkini Covid-19 Dunia, 13 Mei 2020

Pada 13 Mei 2020, jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 dunia yang telah sembuh dan discaj adalah 1, 483, 198 kes bersamaan 34.86%.

Amerika Syarikat masih kekal dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 paling tinggi di dunia iaitu 1, 367, 491 kes.

Jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 kini sudah melebihi 4 juta kes.

Nasihat Berkaitan Covid-19 oleh KKM

Pihak KKM menyarankan agar orang ramai bertanggungjawab dengan:

  1. Mematuhi perintah kawalan pergerakan ( PKP).
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun.
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

Individu yang tidak sihat atau mengalami gejala jangkitan Covid-19, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik-klinik atau hospital-hospital berhampiran untuk tindakan lanjut. Senarai klinik/hospital rujukan bagi mengendalikan kes yang disyaki dan sah Covid-19 boleh didapati di halaman virtual health advisory.

Sumber: KKM

Sebarang maklumat berkaitan situasi terkini Covid-19 Dunia adalah tertakluk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang situasi terkini Covid-19, orang ramai adalah dinasihati untuk melayari laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: