Paras Stok PPE di Fasiliti KKM

Paras stok PPE di fasiliti KKM setakat 13 April 2020 adalah seperti berikut. Secara umumnya, isu kekurangan PPE adalah isu global yang mana ia melibatkan hampir semua negara susulan pandemik Covid-19 ini. Di fasiliti KKM juga telah mencatatakan peningkatan yang mendadak dalam penggunaan PPE.

Bagi pengetahuan umum, kelengkapan pelindung diri atau Personal Protective Equipment (PPE) adalah keperluan utama bagi petugas kesihatan barisan hadapan dalam menguruskan pesakit Covid-19. Berikut dikongsikan senarai PPE yang digunakan oleh petugas kesihatan.

  • Footwear/Boot Cover
  • Protective Head cover
  • Alat penutup hidung dan mulut jenis 3-ply mask 
  • Alat penutup hidung dan mulut jenis surgical N-95 mask
  • Disposable Face Shield (eye visor, face shield or googles)
  • Disposable Fluid Resistant Apron (Long Sleeves With Cuff)
  • Jumpsuit/ Protective Coverall 
  • Gaun plastik biasa, dan lain-lain jenis PPE.
Sumber: KKM

Di pihak KKM, proses perolehan PPE secara pembelian pukal di peringkat pusat dan peringkat negeri sedang dijalankan. Selain itu, KKM juga telah bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan lain-lain agensi pusat dalam memberi perhatian khusus berkaitan isu ini. Tambahan lagi, sumbangan PPE daripada pihak swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan para dermawan sangat dialukan.

Sumber: KKM

Pemantauan rapat paras stok dan kadar penggunaan setiap jenis PPE di setiap negeri telah dijalankan yang mana ianya dikendalikan oleh Pegawai pada setiap Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), hospital-hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) termasuk semua Klinik Kesihatan di bawah PKD masing-masing. Senarai nama, nombor telefon dan emel pegawai bagi setiap negeri dimaklumkan seperti berikut bagi tujuan maklumbalas berkaitan PPE.

Sumber: KKM

Pihak KKM menyarankan semua petugas kesihatan menggunakan PPE secara cermat dan berhemah memandangkan ianya digunakan secara berterusan sepanjang pandemik Covid-19 ini. Sebarang maklumat berkaitan paras stok PPE di fasiliti KKM adalah tertakluk kepada KKM. Maklumat tambahan, halaman ini disediakan berdasarkan maklumat dari Kenyataan Akhbar KPK 14 April 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia.


Anda suka artikel ini?
page Facebook kami untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kongsi artikel ini kepada rakan anda: